SUKANKINI

Final Piala FA 7 Julai, Unifi Piala Malaysia 3 November

2 Feb 2018, 9:30 AM
Final Piala FA 7 Julai, Unifi Piala Malaysia 3 November

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 FEB: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengumumkan perlawanan akhir Piala FA 2018 dilangsungkan pada 7 Julai.

Sementara, Unifi Piala Malaysia pula dijadualkan berlangsung pada 3 November.

Pengumuman itu dibuat menerusi status yang dimuatnaik di laman rasmi Facebool FMLLP.

Menerusi kenyataanya, jadual perlawanan akhir tertakluk kepada jadual semasa.

"Perlawanan akhir akan disiarkan secara langsung di semua saluran UnifiTV, Iflix, TV1, TV3,TVi dan TV9," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.