ad
SELANGOR

MBI sumbang RM240,000 untuk masjid, surau di Gombak

2 Feb 2018, 6:56 AM
MBI sumbang RM240,000 untuk masjid, surau di Gombak
MBI sumbang RM240,000 untuk masjid, surau di Gombak

OLEH HAFIZAN TAIB

RAWANG, 2 FEB: Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor) menyerahkan sumbangan RM240,000 kepada masjid dan surau di daerah Gombak, hari ini.

Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporatnya, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, sumbangan kepada sebuah masjid dan 11 surau itu dengan setiap rumah ibadah menerima RM20,000 adalah untuk program membaik pulih dan menaik taraf.

"Selain itu, sumbangan ini juga digunakan untuk menggerakkan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau berkaitan.

"Ia bagi mengimarahkan syiar Islam dalam kalangan penduduk tempatan di daerah ini," katanya.

Majlis penyerahan disempurnakan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Teja, di sini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.