NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi

2 Feb 2018, 4:17 AM
Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh pemulihan sentimen pasaran, berikutan kebimbangan mengenai peningkatan kadar faedah mula menurun, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,874.95, naik 6.37 mata daripada 1,868.58 semasa ditutup pada Selasa.

Ia dibuka 6.76 mata lebih tinggi pada 1,875.34.

Public Investment Bank Bhd, berkata pemulihan sentimen pasaran itu adalah berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan membuat keputusan pada Rabu untuk tidak menaikkan penanda aras kadar faedah.

"Bagaimanapun, perincian mesyuarat itu menyatakan, ia menjangka inflasi akan terus memberi tekanan pada masa akan datang," kata agensi penyelidikan itu.

Di Bursa Malaysia, kaunter untung mengatasi rugi 193 berbanding 135, manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,299 tidak diniagakan dan 45 digantung.

Perolehan adalah 189.86 juta saham bernilai RM177.81 juta.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.