SELANGOR

Polis: Usah pakai barang kemas elak diragut

30 Jan 2018, 4:46 AM
Polis: Usah pakai barang kemas elak diragut

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 30 JAN: Pengunjung dinasihat agar tidak memakai barangan kemas ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Gombak, 31 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, nasihat itu bagi menyekat sebarang kejadian jenayah berlaku sewaktu perayaan berlangsung.

"Memandangkan keadaan yang dijangka sesak, tidak mustahil kejadian meragut boleh berlaku. Oleh itu mereka yang bercadang ke kuil disaran untuk tidak memakai sebarang barang kemas bagi mengelak penjenayah mengambil kesempatan.

"Senjata dan bahan letupan dilarang dibawa ke situ,” katanya kepada dipetik The Malaysia Insight.

Ali berkata, pihaknya akan mencukupkan jumlah pegawai dan anggota polis bagi dikerahkan ke kawasan berkenaan beberapa hari menjelang Thaipusam dan beberapa hari selepasnya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, beliau mengharapkan agar semua agensi bekerjasama dalam memastikan keadaan berjalan lancar sepanjang perayaan Thaipusam berlangsung.

"Kita menjangkakan sekitar satu juta pengunjung bakal hadir menyambut Thaipusam di Kuil Batu Caves rabu ini.

"Oleh itu, kita amat menitik beratkan soal keselamatan, kebersihan dan aturan kedai yang sistematik," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.