ad
GLOBAL

Arsenal berdepan Man City tentukan kejuaraan Piala EFL

25 Jan 2018, 8:12 AM
Arsenal berdepan Man City tentukan kejuaraan Piala EFL
Arsenal berdepan Man City tentukan kejuaraan Piala EFL

OLEH AFIX REDZUAN

LONDON, 25 JAN: Arsenal bakal bertemu Manchester City pada perlawanan akhir Piala EFL selepas menewaskan Chelsea 2-1 awal pagi tadi.

[caption id="attachment_208958" align="alignleft" width="376"] foto: paininthearsenal.com[/caption]

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh akhir pertama beraksi penuh bertenaga bagi mencari gol seawal minit pertama bermula.

Eden Hazard memastikan Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan di Stadium Emirates menerusi gol, pada minit ketujuh.

Selang lima minit kemudian, The Gunners menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan sendiri Antonio Ruediger yang tertampan percubaan Nacho Monreal.

Bersambung babak kedua Granit Xhaka memastikan Arsenal mendahului permainan 2-1 apabila berjaya menewaskan penjaga gol The Blues, Wilfredo Caballero untuk jaringan kedua pasukan tuan rumah dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Manchester City yang menewaskan Bristol City menerusi agreget 5-3 semalam bakal bertemu Arsenal di perlawanan akhir pada 26 Februari ini, di Stadium Wembley.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.