NASIONAL

PAKATAN kesal ROS terus diamkan diri

16 Jan 2018, 7:22 AM
PAKATAN kesal ROS terus diamkan diri
PAKATAN kesal ROS terus diamkan diri

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 16 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) kesal dengan tindakan berdiam diri Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang sehingga kini tidak memaklumkan status pendaftaran gabungan berkenaan.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, permohonan pendaftaran mereka seolah-olah tidak berlaku apabila ROS tidak memberikan jawapan sehingga kini.

“Kita perlu berkempen mempromosikan Pakatan Harapan dan memerlukan masa. Kita tidak tahu kenapa sampai sekarang tidak dimaklumkan mengenai permohonan kita.

“Mereka tidak jawab sama ada terima permohonan atau tidak sedangkan kita sudah menghantar peringatan mengenainya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita hairan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pakatan Harapan di Ibu Pejabat BERSATU, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan PAKATAN akan melakukan jelajah ke seluruh negara bermula Febuari sehingga PRU-14.

Menurutnya jelajah itu antara lain bertujuan menjelaskan dasar-dasar utama PAKATAN selain menjawab tomahan Barisan Nasional (BN) serta mendekati pengundi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.