NEW YORK, 26 SEPT: Meskipun berdepan pelbagai reaksi seperti renungan kosong, gelengan kepala dan dahi yang berkerut, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa menyampaikan ucapan pada sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), dengan berkempen tentang polisi luarnya "America First" dan pendirian perdagangan negara itu, sambil menyelar globalisme, lapor agensi berita China Xinhua.