SONGKHLA, 3 DIS: Sebuah kereta api barang Thailand yang menuju ke Malaysia tergelincir selepas bahan letupan yang diletakkan di landasan kereta api itu meletup di Sadao, Songkhla, Sabtu.
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Enam beregu negara akan beraksi di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berlangsung di Bangkok, Thailand pada 7 hingga 11 Dis ini.
BANGKOK, 31 OKT: Polis Malaysia dan Tailand melumpuhkan sindiket pemerdagangan orang dan menyelamatkan empat mangsa yang ditahan di Malaysia.
KOTA BHARU, 3 OKT: Ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, dekat sini pada 13 Sept, hari ini diserahkan polis kepada ahli keluarganya di Jalan Kelochor, di sini.
Oleh Linda Khoo Hui Li BANGKOK, 24 JULAI: Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket telah dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu. Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk...
Oleh Linda Khoo Hui Li BANGKOK, 22 JULAI: Thailand pada Khamis telah mengesahkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun yang melakukan perjalanan dari Nigeria ke Phuket. Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr Opas Karnkawinpong berkata lelaki itu...
SINGAPURA/ JAKARTA/ BANGKOK, 30 JUN: Umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyambut Hari Raya Haji pada 10 Julai 2022.
BANGKOK, 29 JUN: Seramai 35 rakyat Malaysia dipercayai terpedaya dengan janji tawaran pekerjaan lumayan di luar negara berjaya diselamatkan di sempadan Thai-Myanmar dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Department of Livestock Development Thailand (DLD) bersetuju menambah baik tatacara teknikal pengimportan lembu hidup dari negara jiran itu bagi memenuhi keperluan bekalan penyembelihan ibadah korban di Malaysia.
BANGKOK, 24 JUN: Kerajaan Thailand pada Khamis menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.
SERDANG, 20 MEI: Kerajaan memberi jaminan bahawa lembu yang diimport dari Thailand untuk ibadah korban menjelang Aidiladha bebas daripada penyakit kulit kental (LSD) dan penyakit kuku dan mulut (FMD).
KUALA LUMPUR, 1 MEI: Negara jiran Indonesia dan Thailand akan turut serta dengan Malaysia meraikan Aidilfitri pada Isnin (2 Mei), sementara Singapura akan meraikannya pada Selasa (3 Mei).
HATYAI, 22 APRIL: Thailand sedia bekal semula lembu dengan mematuhi semua peraturan dan tatacara import yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia, khususnya untuk ibadah korban menjelang Hari Raya Aidiladha pada Julai nanti.
PUTRAJAYA, 17 MAC: Malaysia menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari Thailand berkuat kuasa serta-merta, umum Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
PUTRAJAYA, 8 JUN: Malaysia menggantung serta-merta pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand selepas menilai risiko penularan penyakit penyakit kulit kental (LSD) yang dilaporkan menular di lebih 41 wilayah di negara itu.
BANGKOK, 19 MEI: Thailand mencatatkan 3,394 kes baharu Covid-19 termasuk 1,498 jangkitan dalam kalangan banduan, menjadikan jumlah kes setakat ini sebanyak 116,949 dalam tempoh 24 lalu.
BANGKOK, 16 MEI: Kes Covid-19 di Thailand kini melepasi angka 100,000, dengan 2,302 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 101,447.
NARATHIWAT, 11 MEI: Thailand mempertingkatkan kawalan di sempadannya dengan Malaysia untuk mencegah kemasukan warga Thai yang cuba menyelinap masuk ke negara asal mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri, dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.
BANGKOK, 6 MEI: Thailand yang menyasarkan untuk memvaksin 50 juta orang menjelang akhir tahun, hari ini menegaskan suntikan vaksin Covid-19 itu merangkumi warga asing yang tinggal di negara ini.
BANGKOK, 5 MEI: Thailand melaporkan kes pertama varian Covid-19 Brazil ketika kerajaan sedang mempergiat usaha memerangi gelombang ketiga jangkitan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.