BANGKOK, 12 JUN: Thailand akan menarik balik perintah berkurung waktu malam di seluruh negara dari 10 malam hingga 4 pagi dan melonggarkan lagi larangan bagi membendung penularan Covid-19 pada minggu depan berikutan negara ini terus merekodkan sifar jangkitan tempatan bagi 18 hari berturut-turut.
BANGKOK, 9 JUN: Thailand melaporkan dua kes baharu Covid-19, terdiri daripada rakyatnya yang kembali dari luar negara dan tiada kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 3,121 dengan 58 kematian.
BANGKOK, 5 JUN: Thailand sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan lagi sekatan dan membuka semula perniagaan dan tempat termasuk institusi pendidikan, pusat hiburan dan stadium di bawah fasa keempat dan kemungkinan fasa akhir pelonggaran sekatan, bermula 15 Jun.
BANGKOK, 4 JUN: Seorang lagi pelajar Thailand yang pulang dari Arab Saudi dengan melalui sempadan Malaysia disahkan positif Covid-19.
BANGKOK, 2 JUN: Thailand melaporkan satu kematian akibat Covid-19 dan satu kes positif baharu melibatkan pelajar Thai yang baru kembali dari Arab Saudi dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah terkumpul kematian dan kes positif Covid-19 di negara itu masing-masing 58 dan 3,083.
BANGKOK, 31 MEI: Seorang pelajar Thailand yang kembali dari Arab Saudi dan masuk ke negara itu menerusi sempadan Malaysia merupakan kes Covid-19 terbaharu direkodkan di Thailand.
BANGKOK, 26 MEI: Thailand melanjutkan tempoh perintah darurat untuk kali kedua hingga 30 Jun, ketika kerajaan negara itu bersiap sedia untuk melonggarkan sekatan dan membuka kembali lebih banyak perniagaan dalam fasa ketiga pada Ahad.
BANGKOK, 22 MEI: Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand (CCSA) hari ini bersetuju agar perintah darurat di negara itu dilanjutkan sehingga 30 Jun ini berikutan keadaan pandemik Covid-19 dunia masih belum stabil.
BANGKOK, 12 MEI: Thailand melaporkan enam kes baharu Covid-19 termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,015 kes.
SONGKHLA, 2 APRIL: Seramai 225 rakyat Malaysia yang terkandas di Yala, Selatan Thailand sejak negara itu menutup pintu sempadannya, dibenarkan pulang ke tanah air, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid.
BANGKOK, 23 MAC: Thailand telah mengesahkan 122 kes positif Covid-19 yang baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu di negara tersebut setakat ini ialah 721.
BANGKOK, 18 MAC: Solat Jumaat di Thailand akan dibatalkan dan diganti dengan solat zohor di rumah setelah mengambil kira situasi semasa Covid-19.
BANGKOK, 5 MAC: Thailand hari ini mengumumkan kuarantin selama 14 hari bagi semua warganegaranya yang pulang dari Daegu, pusat penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan dan wilayah Gyeongsang yang berdekatan dengan kawasan itu.
BANGKOK, 28 JAN: Thailand mengesahkan enam kes baharu jangkitan wabak koronavirus 2019 baharu menjadikan 14 kes dilaporkan di negara itu, menurut pegawai kesihatannya.
BANGKOK, 26 JAN: Jumlah kes 2019 novel koronavirus di Thailand meningkat kepada lapan orang hari ini, paling ramai individu yang disahkan positif di luar China.
BANGKOK, 24 OGOS: Sejumlah 829,787 pelancong Thailand melawat Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama 2019.
KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Selepas hampir 30 tahun dibelenggu kemerosotan prestasi, kejayaan dilakar skuad muda negara pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019 memberi petanda positif bahawa bola sepak Malaysia, kini sedang menuju ke arah sebuah permulaan cemerlang.
BANGKOK, 6 OGOS: Dua suspek yang ditahan kerana didakwa meletakkan alat letupan di tepi jalan berhampiran ibu pejabat Polis Diraja Thailand di Jalan Rama I beberapa hari lepas, didapati pernah melawat Malaysia beberapa kali sebelum ini.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Usahawan Thailand daripada pelbagai industri sedang mencari peluang usaha sama dengan ahli perniagaan Sabah dan Sarawak melalui Forum Menyambungkan Perdagangan serta Hubungan Pelaburan antara Thailand dan Malaysia Timur.
PATTANI, 4 OGOS: Tiga butir bom menyasarkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) meletup, di tiga daerah di wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand, hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.