PUTRAJAYA, 17 MAC: Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.
PUTRAJAYA, 17 MAC: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
KUALA LUMPUR, 16 MAC: Seorang penjawat awam yang ditahan dalam Ops Outlander dipercayai menerima bayaran RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran yang dikeluarkan melalui sindiket pendaftaran lewat kelahiran.
KUALA LUMPUR, 15 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan yang melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
SHAH ALAM, 14 MAC: Seorang guru besar sekolah pendidikan khas hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sekolah itu bernilai RM48,050 dua tahun lepas.
PUTRAJAYA, 14 MAC: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung proses memberi keterangan pada 3.30 petang ini.
PUTRAJAYA, 13 MAC: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
PUTRAJAYA, 12 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Seorang wartawan daripada portal berita yang ditahan akhir bulan lepas kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah hari ini menerbitkan artikel untuk memberikan penjelasan dan dengan tegas menyatakan beliau tidak pernah meminta rasuah.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM400,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan hak penggunaan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Rakaman keterangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri itu yang dijadual esok ditangguhkan atas faktor kesihatan.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.
SHAH ALAM, 4 MAC: Seramai 322 orang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh dua bulan bermula Januari lalu, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki.
PUTRAJAYA, 3 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini menyita 61 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM15 juta berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) secara haram.
PUTRAJAYA, 3 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi pada Rabu ini, berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
PUTRAJAYA, 2 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
PUTRAJAYA, 1 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wartawan sebuah portal berita tempatan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor kira-kira 11 malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
KUANTAN, 25 FEB: Seorang penolong jurutera kanan di sebuah agensi kerajaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 48 pertuduhan menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya pada 2019 sehingga 2022.
GEORGE TOWN, 22 FEB: Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
TAWAU, 18 FEB: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM14,250, dua tahun lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.