KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Harga runcit bagi petrol RON97 turun lima sen seliter daripada RM4.80 kepada RM4.75 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 14 Julai hingga 20 Julai.
PADANG BESAR, 15 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mempertimbangkan cadangan pengusaha stesen minyak agar notis larangan pembelian petrol RON95 melibatkan kenderaan asing diletakkan di pintu masuk sempadan negara.
KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter kepada RM3.94 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 4 Mei.
KUALA LUMPUR, 26 JAN: Harga runcit petrol RON97 naik 5 sen seliter manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 27 Jan hingga 2 Feb ini.
KUALA LUMPUR, 10 NOV: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Nov, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.
KUALA LUMPUR, 24 MAC: Harga jualan petrol RON97 naik tiga sen seliter ke RM2.50 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah masing-masing pada harga RM2.05 dan RM2.15 bagi tempoh 25 hingga 31 Mac.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen seliter kepada RM2.47 sen manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mac.
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Kerajaan bersetuju untuk menetapkan had harga siling bagi petrol RON95 dan diesel, masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.
KUALA LUMPUR, 25 DIS: Harga runcit petrol RON95, RON97, diesel masing-masing naik dua sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
KUALA LUMPUR, 16 OKT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter, manakala diesel naik lima sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 Oktober ini.
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.65 dan RM1.95 manakala diesel turun dua sen kepada RM1.84 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 10 Julai ini.
PUTRAJAYA, 12 DIS: Gred petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenal di stesen minyak seluruh negara mulai Januari depan.
KUALA LUMPUR, 5 APR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi tempoh 6 April hingga 12 April ini, kekal seperti minggu lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.