KUANTAN, 24 NOV: Polis menahan seorang bekas aktivis dikenali sebagai Hew Kuan Yaw atau 'Superman Hew' di Puchong Jaya, Selangor semalam bagi membantu siasatan berhubung ucapannya ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15.
KULIM, 23 NOV: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Kedah Dr Mohamad Sofee Razak diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Parlimen Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Polis telah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh bermula 4 November hingga semalam.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Sebanyak 3,417 laporan diterima polis sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dari 4 November hingga pasca pilihan raya semalam.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang esok.
KUCHING, 21 NOV: Sejumlah 12 pusat mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat faktor cuaca.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 10 malam ini, terutama yang menuju ke Lembah Klang.
SHAH ALAM, 20 NOV: Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang berakhir semalam menyaksikan beberapa nama besar dalam politik gagal mempertahan kerusi yang ditandingi.
SHAH ALAM, 20 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menerima kekalahannya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan hati terbuka.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara, setakat 5 petang ini.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Anggota perkhidmatan awam memberi jaminan akan terus menyempurnakan tugas diamanahkan dengan penuh dedikasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas kepada rakyat dan pemegang taruh pada pasca pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
OLEH AZIAN AZIZ SHAH ALAM, 20 NOV: Empat selebriti yang bersaing untuk menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) masing-masing tewas di kawasan ditandingi semalam. Pengarah Datuk Jurey Latif yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan tewas di Lenggong dengan meraih 3,382 undi...
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Polis membuka 219 kertas siasatan dan menahan lima individu iaitu empat di Negeri Sembilan dan seorang di Selangor atas pelbagai kesalahan pilihan raya dan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semalam.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus bersedia menghadapi fasa pasca-pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan tempoh pembentukan kerajaan dalam memastikan ketenteraman awam terjamin.
SHAH ALAM, 20 NOV: Polis Selangor menerima 393 laporan yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sejak kempen pilihan raya itu bermula pada hari penamaan calon 5 November lepas, hingga semalam.
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
KUALA LUMPUR, 20 NOV: Seramai 32 calon wanita daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen berjaya mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Gelombang kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 menghanyutkan banyak kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) di Kedah dan Perak namun arus itu dapat dibendung di Pahang dan selatan Semenanjung.
Gelombang kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 menghanyutkan banyak kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) termasuk yang disandang pemimpin utama.
Sebahagian besar kerusi di Selangor kekal di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum ke-15.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.