SHAH ALAM, 11 MAC: Selangor mengaktifkan pusat pemindahan sementara di Dewan Seri Sekinchan bagi menempatkan penduduk terjejas kejadian ribut kencang dekat Taman Ria, Sekinchan petang tadi.
KOTA KINABALU, 9 MAC: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,010 orang daripada 325 keluarga pada 8 malam tadi.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah kembali meningkat dengan keseluruhan 5,313 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri, setakat 8 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
KUALA LUMPUR, 4 FEB: Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat 8 malam ini.
BINTULU, 30 JAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang meningkat sedikit pagi ini manakala di Johor berkurang kepada 2,498 orang berbanding 2,584 malam tadi manakala di Perak dan Sarawak kekal.
KUALA TERENGGANU, 13 JAN: Lapan puluh orang daripada 23 keluarga di Kemaman dan Dungun terpaksa mencari perlindungan di pusat perlindungan sementara (PPS) ekoran fenomena ombak besar membadai kediaman mereka yang berhampiran pantai.
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat malam ini berbanding petang tadi manakala di Perak kekal.
KUALA LUMPUR, 30 DIS: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan namun di Johor situasi berbeza direkodkan apabila satu lagi PPS dibuka setakat 8 malam tadi.
KUANTAN, 26 DIS: Banjir di daerah Lipis pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 89 mangsa daripada 28 keluarga ditutup tengah hari tadi.
JOHOR BAHRU, 17 DIS: Situasi banjir di Johor kekal tidak berubah dengan jumlah mangsa seramai 36 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 16 DIS: Sebanyak 40 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang setakat 8 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 15 DIS: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang kekal 47 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi, manakala jumlah mangsa banjir di Perak, Pahang dan Johor tidak banyak berubah setakat petang ini.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah, Johor dan Kelantan terus berkurangan pagi ini berbanding semalam manakala di Perak meningkat sedikit dan Melaka kekal.
KUALA LUMPUR, 8 DIS: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri terus berkurangan malam ini, dengan lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.