SHAH ALAM, 3 OKT: Perdana menteri berpuas hati dengan persefahaman dijalin antara kerajaan persekutuan dan pembangkang dalam memulihkan pandemik Covid-19 serta ekonomi negara.
SHAH ALAM, 2 OKT: Pakatan Harapan (PAKATAN) menggesa peguam negara menjelaskan pembebasan ahli parlimen penyokong kerajaan berkait tuduhan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SHAH ALAM, 21 SEPT: Konsensus parti pemerintah dan pembangkang dianggap saat penting untuk mengetepikan perbezaan politik dan menumpukan sepenuhnya usaha memerangani wabak Covid-19.
SHAH ALAM, 14 SEPT: Kerajaan seharusnya melantik tokoh lebih berpengalaman mengetuai Majlis Pemulihan Negara bukannya seorang yang telah gagal, kata ketua pembangkang.
SHAH ALAM, 14 SEPT: Pakatan Harapan (PAKATAN) terus berperanan sebagai pembangkang yang melakukan semak dan imbang meskipun memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan persekutuan.
SHAH ALAM, 13 SEPT: Pakatan Harapan (PAKATAN) kekal komited memastikan ketelusan isi kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama kerajaan persekutuan.
KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
SHAH ALAM, 12 SEPT: Pakatan Harapan (PAKATAN) dan kerajaan pusat hari ini mencapai persefahaman untuk mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi menerusi pendekatan 'dwi-partisan'.
SHAH ALAM, 5 SEPT: Pandangan peguam negara tidak perlu undi percaya di Parlimen dianggap biadap, melanggar semangat perlembagaan dan derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Sebanyak 94.6 peratus atau 398,687 ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah tidak bersetuju institusi itu dibuka semula pada 1 September, kata Pakatan Harapan (PAKATAN).
SHAH ALAM: 13 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) mengajak semua ahli parlimen yang menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berunding membentuk kerajaan inklusif, adil dan progresif.
SHAH ALAM, 11 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) mengingatkan kerajaan berhubung teguran pakar kesihatan susulan beberapa kelonggaran untuk penerima dua dos vaksin di negeri fasa dua dan tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula semalam.
SHAH ALAM: 11 OGOS: Pakatan Harapan (PAKATAN) mendesak suntikan dos pertama Covid-19 di semua negeri dipertingkat segera sebelum Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa peningkatan kes Covid-19 selain jumlah kematian yang tinggi berpunca kecuaian pemerintah.
SHAH ALAM, 22 JULAI: Pakatan Harapan (PAKATAN) menggesa supaya tiada had 80 orang ditetapkan sebaliknya semua ahli Parlimen perlu dibenarkan hadir dan berada di Dewan Rakyat pada bila-bila mesyuarat berjalan.
SHAH ALAM, 8 JULAI: Pakatan Harapan (PAKATAN) mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan perdana menteri secara terhormat.
SHAH ALAM, 2 JULAI: Pakatan Harapan (PAKATAN) menggesa semua wakil rakyat termasuk kerajaan untuk ke Parlimen pada 19 Julai jika kerajaan tidak mengumumkan tarikh bersidang.
SHAH ALAM, 16 JUN: Pelan Pemulihan Negara yang melibatkan empat fasa ke arah membuka semula sektor ekonomi dan sosial hujung tahun ini ibarat "pelan mengaku kalah", kata Pakatan Harapan (PAKATAN).
SHAH ALAM, 11 JUN: Pakatan Harapan (PAKATAN) menolak cadangan mewujudkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menyelesaikan isu negara terutama berkait Covid-19.
SHAH ALAM, 2 JUN: Kerajaan digesa mempercepat suntikan vaksin kepada pengajar politeknik dan kolej komuniti yang terdedah wabak berikutan keperluan pembelajaran secara bersemuka.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.