PORT DICKSON, 30 MAC: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan menjelaskan secara terperinci berkenaan persoalan dibangkitkan beberapa pihak mengenai pelantikan MySJ Sdn Bhd sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera, di Dewan Negara, Khamis ini.
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Kerajaan masih berunding dengan MySJ Sdn Bhd (MySJ) sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera, mengenai terma dan syarat penggunaan aplikasi itu, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR, 27 MAC: Kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta dan ia adalah hak milik kerajaan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
SHAH ALAM, 26 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai penjualan MySejahtera kepada syarikat swasta sedangkan aplikasi itu diseliakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.
SEPANG, 26 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati memalsukan keputusan kit saringan pantas (RTK) antigen dalam aplikasi MySejahtera, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Ibu bapa dan penjaga yang telah membuat janji temu dos penggalak bagi remaja berusia bawah 17 tahun, diminta membatalkan janji temu berkenaan dan tidak perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
GOMBAK, 19 MAC: Kerajaan Negeri sedang berunding dengan pengendali MySejahtera agar tiada caj dikenakan bagi mengeluarkan sijil digital penerima Vaksin Selangor (Selvax).
KUALA LUMPUR, 18 MAC: Orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot bermula 21 Mac ini di seluruh negara.
SHAH ALAM, 18 MAC: Seramai 12,604 individu yang lengkap menerima dua dos vaksin menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) masih belum menerima sijil vaksinasi MySejahtera.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Sistem tempahan janji temu untuk menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) menerusi aplikasi MySejahtera dibuka di seluruh negara pada 7 Mac ini, bagi membolehkan ibu bapa atau penjaga mendaftar janji temu vaksinasi anak-anak mereka.
KUALA LUMPUR, 1 MAC: Tiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
KLUANG, 27 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua majikan di negara ini supaya menerima pakai salinan sijil digital perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO), atau surat pelepasan kuarantin (RO) bagi mengelakkan kesesakan di pusat penilaian Covid-19 (CAC).
KUALA LUMPUR, 26 FEB: Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.
KUALA LUMPUR, 23 FEB: Individu yang positif Covid-19 perlu memantau dan mengemas kini gejala yang dialami di aplikasi MySejahtera setiap hari supaya tahap kesihatan mereka dapat dipantau sepanjang tempoh kuarantin.
PUTRAJAYA, 18 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka helpdesk MySejahtera secara fizikal di beberapa lokasi terpilih bagi membantu menyelesaikan isu berbangkit berhubung aplikasi tersebut.
KUALA LUMPUR, 15 FEB: Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak Covid-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi mereka menerima vaksin bagi mendapatkan bantuan lanjut.
SHAH ALAM, 5 FEB: Ibu bapa yang mahu mendaftar anak berusia antara lima hingga 11 tahun sebagai penerima vaksin perlu memilih Pfizer (kanak-kanak) semasa menempah janji temu melalui aplikasi MySejahtera.
ALOR GAJAH, 13 JAN: Polis menahan sepasang suami isteri yang juga penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di negeri ini kerana menggunakan sijil vaksinasi digital COVID-19 disyaki palsu menerusi aplikasi MySejahtera, Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 26 DIS: MySejahtera kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu ‘MySJ Trace’ untuk membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.
SHAH ALAM, 13 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai melaporkan keputusan ujian Covid-19 secara kendiri dalam aplikasi MySejahtera walaupun hasil saringan negatif.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.