Oleh DIANA ABD WAHAB SUBANG JAYA, 4 JULAI: Lebih 10 aktiviti menarik menanti pengunjung bermula dari jam 7 hingga 11.45 pagi sempena program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya, Ahad ini. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan program diadakan di Jalan SS16/1 berhadapan pasar raya Aeon...
SUBANG JAYA, 1 OKT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan proses pembaharuan lesen perniagaan berisiko rendah serta iklan untuk tahun hadapan secara dalam talian mulai hari ini hingga 31 Disember ini.
SUBANG JAYA, 30 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengikut langkah Majlis Perbandaran Klang (MPK) menutup bazar, pasar pagi dan malam sekiranya kes Covid-19 kawasan itu meningkat.
SUBANG JAYA, 30 SEPT: Sebanyak sembilan kes gigitan anjing liar dilaporkan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sepanjang tahun ini.
SUBANG JAYA, 24 SEPT: Sebanyak RM1.2 juta diperuntuk Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi menaik taraf laluan pejalan kaki khusus untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.
SHAH ALAM, 18 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan kompaun serendah RM10 kepada pesalah lalu lintas yang membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas dikenakan tindakan.
SUBANG JAYA, 23 OGOS: Kos penjimatan pengurusan sampah dan sisa pepejal di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencecah RM2 juta sepanjang tahun lalu, kata ahli dewan negerinya.
OLEH IDA NADIRAH IBRAHIM SHAH ALAM, 17 OGOS: Dua pihak berkuasa tempatan (PBT) mula melengkapkan anggotanya dengan kamera badan bagi memastikan kecekapan dan ketelusan tadbir urus. Timbalan pengarah Jabatan Pengurusan Korporat dan Strategik Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata alat...
SUBANG JAYA, 11 OGOS: Pusat Aktiviti Komuniti Berdaya (PAKB) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang dilancar awal tahun lalu berjaya menghasilkan 2,600 set kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) sejak Mac.
SHAH ALAM, 8 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan pelbagai hadiah menarik jika orang ramai memasang Jalur Gemilang di premis bangunan atau kediaman masing-masing.
SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menafikan penglibatan anggotanya dalam video tular pertengkaran dengan seorang penjual jagung yang berniaga di tepi jalan.
SHAH ALAM, 25 JUN: Status Subang Jaya daripada perbandaran kepada bandar raya berkuatkuasa mulai 20 Oktober depan apabila mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
SHAH ALAM, 15 JUN: Pasar pagi dan malam di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) beroperasi hari ini secara berperingkat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerahkan sumbangan 288 pek keperluan susu bayi kepada penduduk Pangsapuri Angsana di USJ 1, dekat sini khususnya golongan berpendapatan rendah (B40).
SHAH ALAM, 10 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merobohkan lima gerai haram yang dibina di atas rezab jalan di Jalan Kinrara 2, Puchong semalam.
SHAH ALAM, 8 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengadakan sesi khas pemulangan semula bayaran permit bazar Ramadan secara tunai kepada peniaga bermula minggu depan.
SHAH ALAM, 26 APRIL: Sukarelawan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya menyiapkan 1,991 peralatan perlindungan diri (PPE) sejak 14 April hingga Khamis lalu untuk dibekalkan kepada petugas barisan hadapan, kata yang dipertuanya.
SHAH ALAM, 23 APRIL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mewajibkan semua pengendali, pengusaha makanan dalam talian dan penghantar makanan mendaftarkan operasi perniagaan mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SHAH ALAM, 22 APRIL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) hari ini menjalankan operasi nyahkuman di pangsapuri kos rendah yang tidak berupaya menjalankan kerja pembasmian di kawasan masing-masing, kata yang dipertuanya.
SHAH ALAM, 11 APRIL: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menubuhkan Tabung Amal Covid-19 bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.