KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Lebih 250,000 pelancong antarabangsa keluar dan masuk ke negara ini dalam tempoh empat hari selepas sempadan dibuka bermula 1 April lepas, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Datuk Saraya Arbi.