PETALING JAYA, 13 SEPT: Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Giorgio Pompili Rossi.