MELAKA, 19 MEI: Anggota tentera meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.
MELAKA, 17 MEI: Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, atas enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta berjumlah hampir RM85,000, tiga tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka meningkat sedikit kepada 748 mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini berbanding 534 mangsa, petang tadi.
MELAKA, 28 MAC: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) giat menyusun pelbagai strategi termasuk menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem Pangakalan Data Utama (Padu) berjalan lancar menjelang tarikh akhir pada 31 Mac ini.
MELAKA, 12 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyantuni penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAS) di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.
MELAKA, 20 OKT: Seorang lagi pelajar lelaki mangsa lemas di Pantai Mutiara, Kem Terendak meninggal dunia malam tadi, selepas enam hari koma dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka di sini.
MELAKA, 15 OKT: Kerajaan akan memperkenal kursus baharu berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga suria di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menerusi peruntukan RM6.8 bilion terutama di Melaka.
MELAKA, 25 JULAI: Polis mengesahkan menerima laporan kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Perumahan Awam Ayer Molek, Duyong, di sini jam 11 pagi semalam.
MELAKA, 10 JULAI: Dua mayat lelaki ditemukan dalam dua bungkusan kanvas berdekatan kawasan timbunan sampah di Kampung Ujong Padang, Cheng di sini hari ini.
MELAKA, 9 JUN: Pengusaha taska di Bukit Piatu di sini mendakwa kerugian RM1.06 juta selepas terpedaya dengan ajakan lelaki yang dikenalinya menerusi Instagram dalam tempoh kurang dua minggu, untuk melabur dalam pelaburan tidak wujud.
MELAKA, 26 MEI: Bapa kepada kanak-kanak yang maut digilis lori dalam kemalangan di sini semalam reda dengan kehilangan anak bongsu daripada tiga beradik itu.
MELAKA, 16 MEI: "Jadilah guru insani yang berjiwa mulia, berhati ikhlas, sanggup berjuang mendidik anak bangsa demi pembangunan negara kita dan generasi akan datang," nasihat Tokoh Guru Kebangsaan 2023 Datuk Dr Nuinda Alias, 61.
MELAKA, 16 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban tugas guru termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-52 tahun ini.
MELAKA, 16 MEI: Bergelar orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang buat Jasmi Md Tegol, 56, menabur bakti sebagai pendidik sekali gus dipilih menerima Anugerah Guru Berwibawa pada Majlis Anugerah Hari Guru 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini malam tadi.
MELAKA, 14 APRIL: Pengajar kelas renang didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan tirinya sejak berusia 12 tahun.
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Seramai 45,489 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, dengan Johor kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi setakat 8 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan peningkatan malam ini manakala situasi di Melaka dan Pahang yang menunjukkan pengurangan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
KUALA LUMPUR, 8 MAC: Keadaan banjir di Johor menyaksikan Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 27,774 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini manakala daerah lain, situasi semakin pulih dengan cuaca diramalkan baik hari ini.
KUALA LUMPUR, 6 MAC: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri sedikit berkurangan dengan 53,040 ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding hampir 55,000 orang malam tadi.
KUALA LUMPUR, 3 MAC: Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 38,120 orang setakat malam ini berbanding 36,191 mangsa, petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.