SHAH ALAM, 9 APRIL: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggani dilanggar sebelum mangsa digilis sebuah lori treler dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, di Jalan Klang Utama, Klang hari ini.
TEHRAN, 7 APRIL: Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) melaporkan angka wartawan yang maut sejak serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza mencecah 140.
KOTA KINABALU, 6 APRIL: Dua lelaki dan seorang wanita warga emas maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau berhampiran Ladang Giram di Kunak petang tadi.
KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres malam tadi berpunca daripada kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terbabas.
BANDARAYA GAZA, 4 APRIL: Sekurang-kurangnya 33,037 warga Palestin maut dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan di kawasan enklaf yang dikepung itu pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).
BALING, 29 MAC: Seorang penunggang motosikal lelaki maut dilanggar bas kilang dalam kejadian di Jalan Merbau Pulas-Kuala Ketil, berhampiran sebuah stesen minyak dekat sini, malam tadi.
LAHAD DATU, 25 MAC: Polis mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang komen melampau mengenai kematian seorang pelajar kolej vokasional di sini pada Jumaat lepas hingga mengganggu siasatan.
KUALA LUMPUR, 25 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh di sini semalam.
PATTALUNG (Thailand), 24 MAC: Dua lelaki warga Malaysia maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan treler di Pattalung, Selatan Thailand pada petang Sabtu.
KOTA KINABALU, 24 MAC: Seorang bapa dan anak perempuannya berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi.
IPOH, 23 MAC: Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang dipercayai terbabas dan terbakar di tepi jalan Kampung Ayer Hitam, Batu 13, Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini.
SHAH ALAM, 23 MAC: Polis Selangor mengesahkan individu yang ditemukan maut dipercayai akibat dipukul di Taman Impian Indah, Kajang hari ini merupakan seorang anggota polis.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.
KUANTAN, 17 MAC: Seorang lelaki maut manakala adiknya melecur pada bahagian tangan dalam kejadian kebakaran di Felda Tersang Satu, Raub awal pagi ini.
KUANTAN, 12 MAC: Dua pemandu lori maut apabila kenderaan dipandu mereka bertembung dalam kejadian di Kilometer (km) 67, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Luit, Maran hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling di sini hari ini.
JERANTUT, 9 MAC: Seorang pemandu lori balak maut digilis sebuah jentera berat selepas tergelincir dan jatuh dari kenderaannya semasa sedang mengikat kayu balak dalam kemalangan di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di sini, semalam.
LAHAD DATU, 3 MAC: Seorang lelaki dan bapa mentuanya maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke laut dekat kolam ikan di Batu 7, Kampung Payang, dekat sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Tempoh reman terhadap lima lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2 dekat sini, Selasa lepas disambung empat hari lagi.
IPOH, 21 FEB: Seorang anggota tentera maut selepas terseret sejauh 100 meter dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 379 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Slim River, malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.