KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 16 Julai hingga 7 Okt ini dari 10 pagi hingga 5 petang berikutan penutupan jalan bagi memberi laluan kerja berkaitan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan SS7/26 berhampiran Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor.