JOHOR BAHRU, 7 JAN: Penduduk di beberapa taman perumahan dan kampung di sepanjang jajaran Sungai Johor, Kota Tinggi, terutamanya berdekatan Bandar Kota Tinggi sudah mula berpindah selepas hujan lebat berterusan dan pertembungan air pasang, mengakibatkan bandar tersebut dinaiki air.