SHAH ALAM, 22 MAC: Semua masjid, surau dan musolla di negeri ini mengikuti arahan menangguhkan solat berjemaah serta Jumaat susulan Perintah Kawalan Pergerakan mencegah penularan Covid-19.
SHAH ALAM, 20 MAC: Pasangan bakal melangsungkan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diminta menangguhkan urusan itu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
SHAH ALAM, 18 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menubuhkan jawatankuasa khas membasmi virus Covid-19 di semua rumah ibadah Islam, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 18 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menutup sementara semua premisnya selama 14 hari mulai hari ini.
SHAH ALAM, 17 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak membenarkan sebarang majlis akad nikah diadakan di tempat awam seperti masjid, surau dan seumpamanya selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Oleh Norrasyidah Arshad SHAH ALAM, 15 MAC: Semua masjid di Selangor beroperasi seperti biasa dan tiada arahan penutupan sementara, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Mohd Shahzihan Ahmad berkata penutupan masjid disebabkan Covid-19 boleh dilakukan jika ada arahan Kementerian...
SHAH ALAM, 14 MAC: Orang awam dinasihatkan mengamalkan jarak sosial selamat ketika mendengar kuliah atau ceramah di masjid ataupun surau, demikian nasihat Jabatan Agama Islam Selangor.
OLEH NORRASYIDAH ARSHAD SHAH ALAM, 13 MAC: Semua aktiviti tabligh di masjid dan surau di negeri ini ditangguhkan sementara susulan peningkatan kes Covid-19, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia...
SHAH ALAM, 28 JAN: Agensi berkaitan agama Islam perlu lebih cekap memberikan maklum balas seiring dengan perkembangan teknologi semasa khususnya mendepani penularan berita palsu, kata Dato' Seri Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 27 JAN: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggalakkan semua masjid dan surau di negeri ini untuk menganjurkan solat hajat susulan penularan jangkitan 2019 Novel coronavirus (2019-nCoV) walaupun tiada arahan rasmi dikeluarkan.
SHAH ALAM, 29 DIS: Pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang baharu di Kota Kemuning perlu disegerakan bagi menangani kepadatan pelajar di SRA Jalan Kebun.
SHAH ALAM, 28 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa.
SHAH ALAM, 27 NOV: Lambakan kedai minuman 'bubble tea' yang menggunakan bahan tanpa sijil halal berjaya dikesan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
SHAH ALAM, 6 NOV: Pentadbiran masjid di negeri ini diletak di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memastikan rumah ibadat itu tidak dicemari aktiviti politik.
PHNOM PENH, 29 OKT: Sejumlah RM476,280 dibelanjakan bagi membiayai kos penterjemahan dan penerbitan tujuh buku teks Sekolah Agama Islam Selangor kepada Bahasa Cham dan Khmer.
SHAH ALAM, 18 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyampaikan sumbangan komputer riba dan LCD projektor kepada 44 sekolah rendah agama (SRA) di bawah kelolan Jabatan Agama Islam (JAIS) bernilai RM198,000.
SHAH ALAM, 9 OKT: Isu dilema penguatkuasaan premis makanan akan dikupas dalam Konvensyen Perundangan dan Penguatkuasaan Halal anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), esok.
SHAH ALAM, 22 SEPT: Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor yang bermula esok sehingga Jumaat ini, akan tetap dilaksanakan walaupun berlaku jerebu di kawasan berkenaan.
SHAH ALAM, 7 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari percaya serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di markas pengikut Syiah di Gombak, semalam mengikut prosedur operasi standard (SOP).
PUCHONG, 16 JULAI: Pertubuhan badan bukan kerajaan Islam (NGO-i) Sahabat Hospital dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyantuni pesakit 'Human Immunodeficiency Virus' (HIV), di Rumah Perlindungan HIV Muslim Darul Ukhwah, di sini hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.