Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dan kini berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel, dijadualkan berlepas pulang ke tanah air Isnin ini, kata Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.