KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Malaysia akan mengambil bahagian dalam Sesi Pendengaran Awam prosiding Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Palestin di The Hague, Belanda mulai Isnin (28 April).
ANKARA, 26 APRIL: Serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 56 lagi rakyat Palestin, menjadikan jumlah kematian akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 51,495 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
MOSCOW, 26 APRIL: Kementerian Kesihatan Uganda pada Sabtu mengumumkan bahawa wabak Ebola di negara itu telah berakhir.
ISTANBUL, 26 APRIL: Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat pada Jumaat menyuarakan kebimbangan bahawa kanak-kanak di Gaza kini menghadapi kebuluran ekoran sekatan bantuan oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
NEW YORK, 25 APRIL: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat memaklumkan bahawa kira-kira 500,000 orang lagi telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza sepanjang bulan lepas susulan arahan pemindahan berulang kali yang dikeluarkan oleh tentera Israel.
KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaharu di Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, menyifatkan ia sebagai serangan yang dirancang dan tidak berperikemanusiaan.
NEW YORK, 24 APRIL: Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata operasi bantuan kemanusiaan PBB di Gaza hanya boleh dijalankan mengikut prinsip kemanusiaan, berkecuali dan bebas, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 23 APRIL Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden serangan maut di Pahalgam, Kashmir pada Selasa, menurut Kementerian Luar atau juga kenali sebagai Wisma Putra.
ISTANBUL, 22 APRIL: Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Selasa mengecam sekatan Israel ke atas Gaza yang berlarutan sejak 2 Mac lepas dan menggesa agar gencatan senjata disambung semula, lapor Anadolu Ajansi (AA).
GAZA, 22 APRIL: Kira-kira 602,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza berdepan risiko lumpuh kekal dan kecacatan kronik susulan penggantungan penghantaran vaksin polio selama 40 hari oleh pihak berkuasa Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.
SINGAPURA, 22 APRIL: Bekas Wanita Pertama Singapura Noor Aishah Mohammad Salim, 91 tahun, balu kepada presiden pertama negara Yusof Ishak, meninggal dunia pada Selasa.
ISTANBUL, 21 APRIL: Pelakon Hollywood Angelina Jolie sekali lagi menyatakan sokongan terhadap Gaza dengan berkongsi laporan organisasi kemanusiaan Doctors Without Borders mengenai krisis kemanusiaan di wilayah itu menerusi hantaran di Instagram.
WASHINGTON, 18 APRIL: Lebih dua juta penduduk kini masih terperangkap di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric pada Khamis.
GAZA, 17 APRIL: Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh manakala 73 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.
RAMALLAH, 17 APRIL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel terus menghalang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyatakan bahawa bantuan tidak memasuki wilayah itu hampir dua bulan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
KHARTOUM, 13 APRIL: Lebih 114 orang awam dilaporkan terkorban dalam tempoh dua hari serangan Pasukan Rapid Support Forces (RSF) ke atas dua kem pelarian di El Fasher, ibu negeri wilayah Darfur Utara di barat Sudan, menurut kenyataan seorang pegawai tempatan pada Sabtu.
GAZA, 12 APRIL: Di wad kanak-kanak Hospital Nasser, seorang ibu, Samia Ashour, 35, duduk di sisi anak lelakinya, Ibrahim, yang berusia 50 hari dan hanya seberat kurang dua kilogram.
BEIJING, 12 APRIL: Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat negara itu sudah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan langkah terbaharu Washington menaikkan tarif ke atas produk China, lapor Xinhua.
NEW YORK, 12 APRIL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menganggarkan kira-kira 400,000 penduduk di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal susulan kegagalan perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
ANKARA, 11 APRIL: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa pada Jumaat menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza serta kemasukan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan orang awam, lapor Anadolu Ajansi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.