KUALA LUMPUR, 5 JUN: MERCY Malaysia menggesa gencatan senjata segera dilakukan terhadap perang Israel-Gaza yang sedang berlaku bagi menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.
ISTANBUL, 4 JUN: Israel telah menggugurkan lebih 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, jauh mengatasi jumlah yang digugurkan di Dresden, Hamburg dan London semasa Perang Dunia Kedua, lapor Agensi Anadolu (AA).
ANKARA, 4 JUN: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak Oktober lepas telah mencecah 36,550 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung itu pada Selasa.
BANDARAYA GAZA, PALESTIN, 1 JUN: Selepas pengumuman Israel pada Rabu bahawa ia telah menguasai Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Palestin-Mesir, sekatan tentera terhadap semua sempadan Semenanjung Gaza diperketat dan semua akses masuk bantuan telah ditawan.
KUALA LUMPUR, 30 MEI: Jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza berkurangan 67 peratus sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya di Rafah 7 Mei lalu kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).
GAZA, 29 MEI: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 36,171 orang.
GAZA, 25 MEI: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 35,903 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah Palestin dalam satu kenyataan media pada Sabtu, lapor Xinhua.
WASHINGTON, 21 MEI: Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
GAZA, 19 MEI: Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
ANKARA, 18 MEI: Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
GENEVA, 18 MEI: Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan “zon selamat” di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
GAZA, 12 MEI: Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan kediaman, di barat bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Malaysia menambah 10 lagi kontena Bantuan Kemanusiaan Kecemasan ke Gaza, Palestin menjadikan keseluruhan kontena yang dihantar sebanyak 110 kontena, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
PUTRAJAYA, 2 MEI: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
ANKARA, 2 MEI: Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
PUTRAJAYA, 1 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan semasa di Gaza, Palestin, yang menunjukkan seolah-olah tiada tanda bahawa kezaliman terhadap penduduk akan reda.
WASHINGTON, 1 MEI: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus melahirkan kebimbangan pada Selasa, mengenai kemungkinan pencerobohan darat Israel ke atas bandar Rafah, selatan Gaza, yang menempatkan lebih sejuta rakyat Palestin yang mencari perlindungan daripada perang Israel-Hamas.
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Sabtu mengesahkan enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza.
ANKARA, 30 APRIL: Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Oktober 2023, lapor Agensi Anadolu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.