ISTANBUL, 30 APRIL: Beberapa rakyat Palestin cedera pada Selasa apabila pesawat perang Israel mengebom Masjid Al-Faraj di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza sehingga musnah sepenuhnya, lapor Anadolu Ajansi.
ANKARA, 28 APRIL: Sekurang-kurangnya 65 peratus rakyat Palestin yang maut dalam serangan tentera Israel di Gaza adalah wanita, kanak-kanak dan warga emas, lapor Anadolu Ajensi (AA) memetik pihak berkuasa tempatan Gaza pada Ahad.
ANKARA, 26 APRIL: Serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 56 lagi rakyat Palestin, menjadikan jumlah kematian akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 51,495 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ISTANBUL, 26 APRIL: Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat pada Jumaat menyuarakan kebimbangan bahawa kanak-kanak di Gaza kini menghadapi kebuluran ekoran sekatan bantuan oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
NEW YORK, 25 APRIL: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat memaklumkan bahawa kira-kira 500,000 orang lagi telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza sepanjang bulan lepas susulan arahan pemindahan berulang kali yang dikeluarkan oleh tentera Israel.
NEW YORK, 24 APRIL: Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata operasi bantuan kemanusiaan PBB di Gaza hanya boleh dijalankan mengikut prinsip kemanusiaan, berkecuali dan bebas, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) pada Rabu.
ISTANBUL, 22 APRIL: Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Selasa mengecam sekatan Israel ke atas Gaza yang berlarutan sejak 2 Mac lepas dan menggesa agar gencatan senjata disambung semula, lapor Anadolu Ajansi (AA).
HAMILTON, 22 APRIL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata sekatan penuh Israel terhadap bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza kini memasuki hari ke-50, memberi amaran tentang keadaan yang semakin merosot yang membahayakan nyawa orang awam, lapor Anadolu Ajansi.
ISTANBUL, 21 APRIL: Pelakon Hollywood Angelina Jolie sekali lagi menyatakan sokongan terhadap Gaza dengan berkongsi laporan organisasi kemanusiaan Doctors Without Borders mengenai krisis kemanusiaan di wilayah itu menerusi hantaran di Instagram.
WASHINGTON, 18 APRIL: Lebih dua juta penduduk kini masih terperangkap di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric pada Khamis.
PUTRAJAYA, 17 APRIL: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan penting daripada sampai kepada rakyat Palestin di Gaza, menyifatkan ia sebagai tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang merupakan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
RAMALLAH, 17 APRIL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel terus menghalang pengagihan bantuan kemanusiaan di Gaza, dengan menyatakan bahawa bantuan tidak memasuki wilayah itu hampir dua bulan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
GAZA, 12 APRIL: Di wad kanak-kanak Hospital Nasser, seorang ibu, Samia Ashour, 35, duduk di sisi anak lelakinya, Ibrahim, yang berusia 50 hari dan hanya seberat kurang dua kilogram.
NEW YORK, 12 APRIL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menganggarkan kira-kira 400,000 penduduk di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal susulan kegagalan perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
HAMILTON, 11 APRIL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mendedahkan lebih 60,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kini mengalami kekurangan zat makanan, ekoran situasi kemanusiaan di wilayah itu yang semakin meruncing, lapor Anadolu Ajansi (AA) Jurucakap PBB, Farhan Haq memetik...
RAMALLAH, 6 APRIL: Sebanyak 21 pusat rawatan malnutrisi di Gaza terpaksa ditutup berikutan serangan terbaharu tentera Israel dan arahan pemindahan yang dikeluarkan di kawasan terjejas, kata Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Kazem Abu Khalaf pada Ahad, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
GAZA CITY, 6 APRIL: Tentera Israel dilaporkan menghentikan bekalan air dari syarikat Israel, Mekorot ke Semenanjung Gaza, memutuskan sehingga 70 peratus daripada keseluruhan bekalan air ke wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.
ANKARA, 4 APRIL: Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk Palestin, menjadikan angka kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609 orang, lapor Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Kesihatan Gaza.
NEW YORK, 4 APRIL: China menyuarakan kebimbangan serius terhadap pengumuman Israel baru-baru ini yang bertujuan memperluas operasi tentera darat serta menduduki wilayah Gaza, dan mendesak Israel menghentikan segera tindakan ketenteraan terhadap Gaza.
RAMALLAH/ANKARA, 4 APRIL: Lebih 39,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim piatu akibat perang Israel di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansı.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.