Kakitangan KDEB Waste Management (KDEBWM) turut menyaksikan pembentangan Belanjawan Selangor 2025 bertema Dinamik: Cita Sempurna Masyarakat Madani oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook Media Selangor di Menara Bank Rakyat, Shah Alam pada 15 November 2024.
Petugas memotong rumput napier di ladang Farm Fresh Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024.
Peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor memberi kambing makan ketika menyertai suai kenal (FAM Trip) mempromosikan produk agro pelancongan Selangor di Farm Fresh Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024.
Permandangan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur daripada Kampung Tasek Permai, Ampang pada 13 November 2024.
Kakitangan MPKS, Hambali Mohd Rasat dan Fahmi Shamshudin menuang minyak masak terpakai yang dikumpul kariah Masjid Nurul Iman Kampung Ijok ketika lawatan kutipan berkala Majlis Perbandaran Kuala Selangor ke masjid berkenaan.
Beberapa kawasan di naiki air susulan hujan lebat yang berterusan sejak pagi tadi mengakibatkan banjir kilat ketika tinjauan Media Selangor di TTDI Jaya, Shah Alam pada 12 November 2024.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah yang menyertai Super Safee Soccer School dan Klinik Asas Bola Sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Ampang Jaya pada 10 November 2024.
Aksi peserta kanak-kanak ketika mengambil bahagian acara pushbike sempena majlis perasmian Jelajah Belia Madani Selangor Daerah Petaling di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 9 November 2024.
Pengasas Tiffin Jeiwa, Ina Fadilah Nizar menunjukkan produk lukisan tangannya dalam Karnival Usahawan Wanita Malaysia di Pusat Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya pada 8 November 2024.
Kanak-kanak taska membuat persembahan tarian ketika Majlis Penutup Program Advokasi Perkhidmatan Taska Peringkat Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 7 November 2024.
Penduduk setempat menggunakan laluan pejalan kaki yang dinaik taraf di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) di Jalan SS2/48, Petaling Jaya pada 7 November 2024.
EXCO Pelaburan Ng Sze Han (barisan ketiga, tengah) bersama pemenang dalam majlis penutup E-Commerce Xccelerator (ECX) di Auditorium Suhunjaya Sekuriti, Kuala Lumpur pada 5 November 2024.
Pekerja kontraktor lantik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyiram tanaman landskap di sekitar Pusat Bandar Shah Alam pada 4 November 2024.
Saingan sengit antara pelumba Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia (kiri) dan pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin ketika perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 November 2024.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk ketika program Rewang Komuniti Strata Selangor Peringkat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Pangsapuri Baiduri, Kajang pada 2 November 2024.
Aksi pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin yang menjuarai perlumbaan Tissot Sprint pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024.
Orang ramai melawat ke reruai Tourism Selangor bagi mendapatkan informasi tentang kempn tahun melawat Selangor selepas Majlis Perasmian Selangor Travel Fair 2024 dan Pra Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 2 November 2024.
Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han melihat pekerja kontraktor mengalih penghadang jalan ketika meninjau kawasan yang siap dibaiki akibat tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, Subang Jaya pada 1 November 2024.
Sesi latihan bebas sukan MotoGP pada saingan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia Petronas 2024 di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 November 2024.
pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Team, M. Bezzecchi terbabas ketika sesi latihan MotoGP menerusi saingan Grand Prix Malaysia 2024 di Litar Antrabangsa Sepangpada 1 November 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM /MEDIA SELANGOR
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.