Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah memasuki Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor pada 11 Disember 2024.
EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi mengucapkan tahniah kepada pemenang dalam Konvensyen PROTUNe 2024 di Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam pada 10 Disember 2024.
Orang ramai membeli barangan keperluan asas sempena peluncuran serentak Jualan Ehsan Rahmah dan Jualan Termurah Madani di Tapak Pasar Malam, Taman Pinggiran, Batu Caves, Gombak pada 7 Disember 2024.
Tukang jahit Dalius Kaja, 38, sedang menjahit dinding songkok ketika tinjauan Media Selangor di premis Songkok Malaya Seksyen 19, Shah Alam pada 5 Disember 2024.
Orang ramai bersarapan pagi di kedai Kak Su Nasi Kerabu Kampung Sungai Sekamat, Kajang pada 6 Disember 2024.
Petugas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) membantu pengunjung mendaftar untuk cabutan bertuah sempena hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 3 Disember 2024.
EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim menaiki kayak sebelum melakukan gimik pelepasan acara akhir kategori tertutup lelaki ketika Karnival Ban Canal 2024 di Parit 14, Simpang Lima, Sabak Bernam pada 1 Disember 2024.
Kanak-kanak mencuba pengembaraan merentasi masa dengan VR ketika mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.
Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Islam Selangor (UIS) Dr Azizah Mat Rashid menyampaikan ucapan sempena program Seminar Kesedaran Perundangan Islam di Malaysia di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 28 November 2024.
Peserta memakai pakaian tradisional etnik Sarawak ketika majlis penyampaian hadiah Karnival Sukan MPP Shah Alam di Dataran Shah Alam pada 24 November 2024.
Pengunjung melihat replika model rumah Adhara ketika majlis Penutup Pilih Karnival Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley, Sepang pada 23 November 2024.
Dua pelajar meluangkan masa membaca buku di Pustaka Raja Tun Uda Seksyen 13, Shah Alam pada 20 November 2024.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada sesi soal jawab ketika Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang Ke-15 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 November 2024.
Norazmi Maarof dari Bangi mengambil gambar isteri dan anak ketika mengunjungi Masjid Jamek Cina Muslim Klang pada 19 November 2024.
Wan Norsaiza Wan Hasnan, 51, memetik cili hasil Projek Fertigasi Cili Besar (Sakata 461) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat, Inisiatif Usahawan Tani (IPR INTAN) di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024.
Gelagat peserta memakai kostum adiwira ketika menyertai Hari Klang Tanpa Kenderaan sempena sambutan ulang tahun pertama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di Padang Sultan Suleiman, Klang pada 17 November 2024.
Petugas menyiapkan nasi ambeng di reruai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Festival Makanan Selangor di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 17 November 2024.
Hujan lebat tidak menjadi penghalang bagi sekumpulan remaja bermain bola sepak ketika Majlis Penutup Karnival Yayasan MBI MiFOM Begonia 2024 di Semenyih, Hulu Langat pada 16 November 2024.
Pengamal media membuat liputan pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari diiringi barisan EXCO menunjukkan Buku Anggaran Belanjawan Negeri Selangor 2025 sebelum bermula sesi pembentangan belanjawan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 November 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.