DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bersalaman dengan orang ramai dalam majlis Khatam Al-Quran Wanita Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 20 Mac 2025.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkenan menunaikan solat Maghrib di Masjid Sentosa, Taman Desa Sentosa, Sepang pada 17 Mac 2025.
Hassan Ruak, 56, (hadapan) dibantu anak tunggalnya Adam Hassan, 20, memotong buluh mengikut sukatan ukuran lemang di kawasan hutan Kampung Sungai Congkak, Hulu Langat pada 14 Mac 2025.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari membuat pembayaran secara imbasan kod QR Kupon Digital Rahmah Platform Selangor (PLATS) ketika pelancaran program Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Bebas Beg Plastik #TakNakBazir di Tapak Penjaja, Taman Bunga Raya, Hulu Selangor pada 12 Mac 2025.
Kanak-kanak bermain di bilik Kiddocare sempena Konvensyen Wanita MyWira 2025 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 11 Mac 2025.
Petugas KDEB Waste Management (KDEBWM) membuang sampah ke dalam lori yang disediakan di bazaar Ramadan Seksyen 17, Shah Alam pada 10 Mac 2025.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor pada 10 Mac 2025.
Ustaz Muhammad Firdaus Jaafar mengimamkan solat magrib ketika Program Tausiah dan Kongsi Barakah Iftar Ramadhan 2025 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 8 Mac 2025.
Saif Akhdan Saiful Bahari,13, dibantu bapanya Saiful Bahari Yunos,42, mencuba songkok ketika membeli kelengkapan hari raya di Jakel, Shah Alam pada 8 Mac 2025.
Orang ramai membayar zakat fitrah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 7 Mac 2025.
Wawan Suwendi menjual kepak ayam madu dengan harga RM2.50 di bazar Ramadan Puncak Jalil 3/10, Subang Jaya pada 6 Mac 2025.
Penjawat awam membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di perkarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 Mac 2025.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan tahun 2025 dari Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Saipolyazan M Yusop pada majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Asnaf di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 3 Mac 2025.
Orang ramai beratur untuk membeli ayam madu otai yang dijual dengan harga RM28 seekor di bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada 2 Mac 2025.
Siti Rahimah Diaudin, 45, (kanan) dibantu pekerjanya menyusun kuih raya untuk diniagakan sempena Festival Ramadan Selangor (FESTIRA) di Pusat Membeli-belah SACC, Shah Alam pada 27 Februari 2025.
Kanak-kanak gembira bermain di taman permainan yang terdapat dalam kawasan masjid dengan pemantauan penjaga ketika tinjauan Media Selangor di Masjid Al-Hasanah, Hulu Langat pada 25 Februari 2025.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (enam, kiri) bersama pimpinan Kerajaan Negeri bergambar ketika pelancaran perkhidmatan bas elektrik sempena program Bas Smart Selangor sejurus tiba di pekarangan bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 24 Februari 2025.
Pasukan SMK Kota Kemuning, Klang menjuarai Selangor Future Cup 2025 Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) antara sekolah negeri Selangor di pusat membeli belah AEON Mall Shah Alam pada 23 Februari 2025.
Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni mengupas karya agung Imam Al-Ghazali dan Kitab Mawaqif al-Marjan dalam Program Talaqqi Kitab Turath Ismail Islami siri ketujuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 19 Februari 2025.
Petugas KDEB Waste Management (KDEBWM) membersihkan longkang yang tersumbat di sekitar Taman Sentosa, Klang pada 17 Februari 2025.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.