Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengambil berat keselamatan pemain daripada gejala samseng bola sepak atau hooliganisme, kelompok peminat yang terlalu taasub terhadap sesebuah pasukan.
SUBANG JAYA, 30 JUN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan melancarkan Tanjong Subang Jaya, jenama perkhidmatan perhotelan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
SINGAPURA, 9 MEI: Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) mendoakan pemain sayap sensasi Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim cepat sembuh dan pulih sepenuhnya selepas cedera dipercayai disimbah asid.
PETALING JAYA, 25 NOV: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menghulurkan sumbangan wang tunai kepada dua badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kebajikan komuniti India sempena sambutan Deepavali, hari ini.
AMPANG JAYA, 25 NOV: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyumbang RM20,000 bagi inisiatif penanaman 2,000 pokok di Hutan Simpan Ulu Gombak, Kemensah di sini, hari ini.
SHAH ALAM, 9 OGOS: Rancangan bagi mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak Selangor FC dalam tempoh lima tahun ini selari matlamat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Tengku Amir Shah, presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
SHAH ALAM, 9 FEB: Pasukan bola sepak Negeri Sembilan Women’s FC (NSW FC) menewaskan Shah Alam United 2-0 dalam saingan kumpulan A Liga Super Wanita FAS di Radia Arena Bukit Jelutong, malam tadi.
Oleh SHAMZ JOHAN SHAH ALAM, 5 FEB: UiTM Lioness muncul juara kejohanan bola sepak wanita lima sebelah Liga Super Wanita anjuran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam. Pegawai pembangunan bola sepak wanitanya berkata kejohanan secara format liga itu disertai lima pasukan daripada Liga...
SUBANG JAYA, 26 JAN: Liga Super Wanita Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) edisi kedua tahun ini mewajibkan setiap pasukan mempunyai jurulatih wanita.
SHAH ALAM, 12 JAN: Liga Super Wanita FAS kini kembali untuk edisi baharu dengan menyaksikan 12 pasukan akan berentap merebut gelaran juara.
SHAH ALAM, 30 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor menekankan dan memberi jaminan tidak pernah ada parasit dalam pengurusan pasukan Selangor FC.
SHAH ALAM, 26 JAN: Negeri Sembilan Women's FC (NSW FC) melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai edisi sulung Liga Super Wanita FAS malam ini.
SHAH ALAM, 26 JAN: Dua kapten yang membawa pasukan masing-masing ke perlawanan akhir Liga Super Wanita anjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berharap menjadi juara edisi sulung kejohanan.
SHAH ALAM, 16 JAN: Pasukan bola sepak Majlis Bandaraya Subang Jaya FC (MBSJ FC) berputih mata untuk mara ke separuh akhir Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
SHAH ALAM, 30 NOV: Pasukan bola sepak MBSJ FC menang besar selepas menewaskan SA United FC, 0-6 dalam saingan kumpulan B Liga Super Wanita FAS.
SHAH ALAM, 25 NOV: Pasukan bola sepak wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan gelaran juara untuk penampilan sulung mereka di Kejohanan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Women’s Super League 2021 yang dijadualkan bermula hujung bulan ini.
SHAH ALAM, 6 APRIL: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan takziah kepada waris mendiang bekas setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang meninggal dunia Ahad lalu.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelab bola Sepak Selangor (Selangor FC) susulan penswastaan pasukan Liga Super negeri berkenaan hari ini.
SHAH ALAM, 1 NOV: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan memanfaatkan peruntukan RM20 juta dalam belanjawan negeri tahun depan bagi meningkatkan kemudahan sedia ada dan pembangunan pemain muda.
SHAH ALAM, 20 OKT: Selangor mempertimbangkan untuk beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan dalam saingan TM Piala Malaysia jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.