KUALA LUMPUR, 13 DIS: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket bagi dua aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2022, melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.
PETALING JAYA, 7 NOV: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah saingan Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.
KUALA LUMPUR, 2 OKT: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperketatkan kawalan masuk ke stadium sebagai mengambil iktibar daripada insiden rusuhan di Indonesia malam tadi.
SHAH ALAM, 2 SEPT: Pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mewakili negara dalam UEFA Development Tournament bawah 15 tahun (B-15) di Skopje, Macedonia Utara.
PETALING JAYA, 1 SEPT: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan pembantu ketua jurulatih pasukan negara E.Elavarasan sebagai ketua jurulatih skuad bawah-23 (B-23) kebangsaan yang baharu.
PETALING JAYA, 20 JULAI: Saingan Liga Super musim depan sah disertai 18 pasukan dengan Liga Perdana akan dimansuhkan bagi tempoh tertentu.
PETALING JAYA, 5 JULAI: Malaysia menyasarkan tiga mata penuh menjelang aksi sulung kejohanan bawah 19 tahun (B-19) Piala AFF 2022 menentang Kemboja di Stadium Madya, Gelora Bung Karno, Jakarta, petang ini.
BANGI, 15 JUN: Kerajaan akan mempertimbang pemberian imbuhan dan penganjuran sambutan keraian sempena kejayaan skuad Harimau Malaya mengesahkan slot ke Piala Asia 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR, 18 FEB: Pepatah Inggeris ‘Rome was not built in a day’ (Rom tidak dibina dalam sehari), mungkin menggambarkan misi ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu Kim Pan Gon untuk menerapkan falsafah bola sepaknya ke dalam minda pemain kebangsaan.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Seramai tiga pemain dan dua pegawai pasukan terlibat dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022 masing-masing dikenakan hukuman penggantungan perlawanan kerana berkelakuan ganas serta tiada semangat kesukanan.
KUALA LUMPUR, 9 FEB: Empat lagi pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja pada 14 hingga 26 Februari ini.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Usaha untuk memastikan tiada ketandusan bakat dalam arena bola sepak negara disambut baik oleh ibu bapa dengan penyertaan 5,000 pemain muda dalam Liga Suparimau yang bermula sejak 15 Jan lepas.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Bedah siasat laporan prestasi pasukan kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura baru-baru ini, bakal dilaksanakan oleh Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya diketuai oleh bekas pemain kebangsaan dan mantan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan.
PETALING JAYA, 15 NOV: Individu yang akan mengisi kekosongan jawatan pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ditinggalkan Datuk Ong Kim Swee dijangka diketahui pada awal Januari depan.
KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Empat legenda bola sepak negara termasuk bekas pertahanan skuad kebangsaan Datuk Soh Chin Ann yang disahkan sebagai pemain memiliki penampilan antarabangsa terbanyak, diisytihar sebagai anggota terbaharu Kelab Abad Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Bantuan dana daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berjumlah US$456,214.48 (kira-kira RM1.88 juta) kepada pemain tempatan kurang bernasib baik perlu dilihat secara serius bagi mengatasi masalah pengurusan pasukan dan kelab di negara ini.
KUALA LUMPUR, 6 MEI: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Selangor, Terengganu, Johor dan Perak tidak mengganggu percaturan pasukan bola sepak kebangsaan membuat persediaan ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula 16 Mei ini.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa mengambil pandangan dan mengikut lunas undang-undang dalam menjatuhkan hukuman atau membuat sebarang keputusan penting demi memelihara keharmonian kancah bola sepak tempatan.
KUALA LUMPUR, 20 FEB: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon kepada kerajaan untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada 2,500 pemain dan pegawai di peringkat elit, demi kelangsungan saingan Liga Malaysia (Liga-M).
KUALA LUMPUR, 2 FEB: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersetuju supaya baki saingan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dilangsungkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.