PASIR MAS, 30 JAN: Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap kes seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor selepas disyaki merogol seorang wanita yang membuat laporan di pejabat suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Ahad lepas.
SEPANG, 30 JAN: Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan selepas disyaki cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 36.53 kilogram (kg) bernilai RM1.2 juta ke Miri, Sarawak.
JOHOR BAHRU, 28 JAN: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah ke negara jiran menggunakan jalan laut selepas menahan lapan individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.735 juta dalam satu operasi khas pada 24 dan 25 Januari lepas.
GEORGE TOWN, 27 JAN: Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan ganja dalam kubur Cina di Mount Erskine, Pulau Tikus di sini bagi mengelak dikesan pihak berkuasa berjaya dibongkar polis dalam siri serbuan selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM496,088 pada Rabu dan Khamis lepas.
KLANG, 24 JAN: Polis Klang Utara melakukan 45 tangkapan daripada 40 kes berkaitan dadah di sekitar kawasan Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Raja dekat sini, sepanjang tahun lepas.
SEPANG, 24 JAN: Tukang masak ditahan bersama lapan kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM264,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Ahad lalu.
GEORGE TOWN, 22 JAN: Seorang lelaki warga Nigeria ditemukan mati dipercayai akibat terjatuh dari rumah sewanya di kondominium di Batu Uban di sini, ketika cuba melarikan diri selepas premis itu diserbu sepasukan polis semalam.
KUALA LUMPUR, 8 JAN: Polis menahan seorang pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, menjadikan keseluruhan 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
ALOR SETAR, 7 JAN: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 16 kilogram (kg) bernilai lebih RM50,000 dalam dua serbuan berasingan di Kampung Kuala Alor, Simpang Kuala, dekat sini, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Polis merampas pelbagai jenis dadah serta pil khayal bernilai lebih RM500,000 dan menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah kondominium di Cheras, dua hari lepas.
TAWAU, 29 NOV: Seorang lelaki yang memiliki lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 26 NOV: Polis menghadapi situasi kian mencabar dalam usaha membasmi pengedaran dadah susulan modus operandi sindiket yang semakin kreatif untuk lepas daripada tindakan undang-undang.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 4,086 individu di seluruh negara dalam Op Tapis Khas pada Isnin hingga Rabu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, semalam.
KUALA LUMPUR, 21 NOV: Seorang lelaki warga Indonesia disyaki dalang sindiket pengedaran dadah ditahan bersama lima warga tempatan dalam dua serbuan di sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini, Jumaat lepas.
PUTRAJAYA, 17 NOV: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis heroin seberat 1.013 kilogram bernilai RM86,800 yang dipercayai untuk diseludup ke Australia dalam serbuan di sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan, 6 Nov lalu.
SHAH ALAM, 9 NOV: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta di sekitar Klang dan Sungai Buloh, dekat sini, pada Selasa dan Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 27 OKT: Penyedia perkhidmatan rawatan dan pemulihan digalakkan menerokai kaedah baharu yang boleh meningkatkan keberkesanan pemulihan termasuk penggunaan aplikasi telefon pintar.
JITRA, 22 OKT: Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas dadah jenis syabu seberat lebih 8.5 kilogram (kg) yang dianggar bernilai RM297,500 di Changlun, dekat sini pada Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 18 OKT: Polis menahan dua individu dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat 93.8 kilogram dianggarkan bernilai RM3.1 juta dalam serbuan di Batu Caves, Ahad lepas.
SHAH ALAM, 18 OKT: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 15 sebatan terhadap seorang lelaki warga tempatan setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja tiga tahun lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.