PUTRAJAYA, 13 APRIL: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) pada awal bulan ini meningkat namun tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
KAJANG, 10 APRIL: Kerjasama baik antara Kerajaan Negeri dan jabatan kesihatan merupakan faktor Selangor dapat mengharungi cabaran mendepani pandemik Covid-19.
GOMBAK, 9 APRIL: Dato' Menteri Besar menasihatkan rakyat supaya terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam sepanjang menyambut perayaan Aidilfitri nanti.
SHAH ALAM, 7 APRIL: Peningkatan mendadak kes Covid-19 melibatkan kluster pendidikan baru-baru ini masih dalam keadaan terkawal dengan langkah intervensi telah diambil oleh Kementerian Pendidikan (KPM), kata Menteri berkenaan Fadhlina Sidek.
KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan kepada sektor pendidikan untuk melakukan saringan kepada pelajar, guru dan kakitangan susulan 11 daripada 18 kluster Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ketujuh 2023 (ME 13/2023) dari 26 Mac hingga 1 April, adalah kluster pendidikan.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.
SHAH ALAM, 14 MAC: Seramai 193,409 usahawan di seluruh negara terpaksa gulung tikar akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 sepanjang 2020 hingga tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi berdasarkan kategori pada Minggu Epidemiologi kesembilan 2023 (ME 9/2023) berbanding ME 8/2023 meningkat 33 peratus bagi kategori satu hingga lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 21 FEB: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 3.4 peratus pada Minggu Epidemiologi ketujuh 2023 (ME 7/2023) dari 12 hingga 18 Feb berbanding ME 6/2023, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun 6.5 peratus pada Minggu Epidemiologi keenam tahun ini (ME 6/2023) dari 5 hingga 11 Februari, berbanding minggu sebelumnya.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 12 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan rakyat negara ini mendapatkan dos penggalak bagi memastikan mereka mendapat perlindungan daripada jangkitan Covid-19. Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni berkata biarpun negara telah beralih ke...
SHAH ALAM, 11 FEB: Sebanyak 255 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Jumaat dengan tiga daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan 5,039,067.
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun 8.6 peratus pada Minggu Epidemiologi ketiga 2023 (ME 3/2023) iaitu dari 15 hingga 21 Jan berbanding minggu sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 27.1 peratus pada Minggu Epidemiologi kedua 2023 (ME2/2023) iaitu dari 8 hingga 14 Jan berbanding minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 12 JAN: Kerajaan Selangor meneliti untuk mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal sekiranya berlaku lonjakan kes Covid-19 di negeri ini.
SHAH ALAM, 11 JAN: Sebanyak 380 lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 5,031,076 kes.
Oleh Nurqalby Mohd Reda KUALA LUMPUR, 11 JAN: Penularan pantas beberapa subvarian baharu Covid-19 yang dikesan di beberapa negara sudah tentu membangkitkan kebimbangan masyarakat negara ini terutama dengan jangkaan kehadiran pelancong dari China dalam jumlah besar ke Malaysia berikutan pembukaan...
PUTRAJAYA, 10 JAN: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tidak berlaku lonjakan kes baharu Covid-19 semasa musim perayaan ini, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 9 JAN: Kes baharu Covid-19 di seluruh negara turun 14.2 peratus kepada 3,231 kes pada Minggu Epidemiologi 1 (ME 1/2023) iaitu dari 1 hingga 7 Jan, berbanding 3,767 kes pada ME sebelumnya.
PETALING JAYA, 7 JAN: Kerajaan Negeri menyedia sehingga 200,000 dos vaksin Covid-19 bagi meneruskan program Selangor Vaksin (Selvax) bermula hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.