SHAH ALAM, 17 MEI: Lebih empat tahun lalu, Rahimi Ahmad dan beberapa lagi warga Malaysia menjadi antara umat Islam berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa tembakan ketika bersolat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand.
Setahun setengah selepas ditembak pengganas hingga tidak sedarkan diri dan terpaksa diusung ke unit rawatan rapi, Rahimi Ahmad masih teringat-ingat mayat yang bergelimpangan.
Dari saf depan ketika solat Jumaat pada 15 Mac 2019, dia lari ke luar dan bersembunyi di belakang kereta di halaman belakang Masjid Al Noor, Christchurch.
WELLINGTON, 1 SEPT: Pesalah yang bertanggungjawab ke atas serangan keganasan di Christchurch pada 15 Mac 2019, dimasukkan ke dalam senarai entiti pengganas, demikian umum Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Selasa.
ANKARA, 24 OGOS: Penghakiman terhadap pengganas yang bertanggungjawab melakukan serangan di masjid Christchurch, insiden berdarah paling menggemparkan di New Zealand, bermula Isnin, lapor Agensi Anadolu.
WELLINGTON, 18 JUN: Seorang lelaki rakyat New Zealand yang mengaku mengedar semula video penstriman langsung serangan ganas Christchurch dihukum penjara 21 bulan pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.
MOSCOW, 14 JUN: Warga Australia, Brenton Tarrant mengaku tidak bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di bandar Christchurch, New Zealand, lapor agensi berita Sputnik, memetik media tempatan pada Jumaat.
MOSCOW, 21 MEI: Polis New Zealand mendakwa Brenton Tarrant, lelaki yang melepaskan tembakan maut di dua buah masjid di negara itu atas pertuduhan keganasan selain pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh yang dikemukakan terhadapnya sebelum ini, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan polis pada Selasa.
OLEH ZAIM BADRUL HISHAM COLOMBO, 23 APR: Menteri Pertahanan Sri Lanka mendakwa serangan bom Ahad lalu sebagai tindak balas terhadap tembakan yang mengorbankan 50 orang Islam di Christchurch, New Zealand. Berucap di Parlimen, Ruwan Wijewardana berkata, siasatan awal menunjukkan siri...
KUALA LUMPUR, 22 MAC: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, remaja Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu.
OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM, 22 MAC: Sebagai tanda solidariti terhadap insiden tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu, beberapa Ahli Dewan Negeri wanita bukan Muslim menunjukkan rasa hormat dengan memakai selendang semasa Persidangan Dewan Negeri Selangor...
KUALA LUMPUR, 22 MAC: Solat Jumaat di Hagley Park South di Christchurch hari ini turut dihadiri wakil rasmi kerajaan Malaysia, selepas seminggu serangan pengganas di dua masjid di bandar raya New Zealand yang menyebabkan 50 orang terkorban dan berpuluh lagi cedera.
SEPANG, 22 MAC: Enam lagi anggota keluarga mangsa insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, diterbangkan ke Auckland, New Zealand malam tadi untuk melawat Rahimi Ahmad dan Mohd Nazril Hisham Omar yang masih dirawat di hospital.
OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 20 MAC: Dewan Negeri Selangor (DNS) sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk serangan berdarah di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu. Usul tersebut dikemukakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang, Saari Sungib di bawah Peraturan Tetap...
PARIS, 19 MAC: Kerajaan terutama menerusi Kementerian Luar melaksanakan tindakan sewajarnya bagi membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa atau terkesan dalam insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu.
KUALA LUMPUR, 18 MAC: Sebanyak 28 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi New Zealand di untuk menyatakan kebimbangan dan menunjukkan solidariti rakyat Malaysia berikutan serangan pengganas di Christchurch, New Zealand, baru-baru ini.
CHRISTCHURCH, 17 MAC: Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tembakan dua buah masjid, di New Zealand meningkat kepada 50 orang, kata polis hari ini.
GEORGE TOWN, 16 MAC: Anak sulung salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dalam serangan masjid di Christchurch, New Zealand, semalam masih dalam keadaan trauma dan memerlukan perhatian khusus ibunya, kata bapa saudaranya, di sini hari ini.
KUANTAN, 16 MAC: Kerajaan akan membantu urusan perjalanan keluarga mangsa yang cedera dalam insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, semalam, untuk ke negara itu bagi membolehkan mereka memberi sokongan kepada mangsa yang terbabit.
SHAH ALAM, 16 MAC: "Sakit" hanya itu jawapan yang mampu diberikan oleh Nazril Hisham Omar, 46 ketika dihubungi oleh isterinya, Prof Madya Dr Zurinawati Mohyi pada kira-kira pukul 6 pagi tadi.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.