Bangladesh telah memberi perlindungan kepada lebih 1.3 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri ke sempadan untuk mengelak daripada kempen genosid dan penindasan di Myanmar
Zambry Abd Kadir minta EXCO Kedah berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan berhubung apa-apa isu yang berkaitan dengan pendidikan tinggi
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Tiga lelaki warga Bangladesh antara lapan individu berusia 24 hingga 43 tahun yang ditahan dalam Op Noda, di enam premis hiburan di sekitar ibu negara awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 24 JAN: Polis menyelamatkan tiga lelaki warga Bangladesh dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dan menahan 29 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam serbuan di sebuah kilang di Petaling Jaya dekat sini petang semalam.
DHAKA, 6 JAN: Sebuah tribunal khas di ibu negara Bangladesh, Dhaka, telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina dan 11 individu lain berkaitan insiden kehilangan paksa, lapor Xinhua.
KUALA LUMPUR, 12 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar 'Datuk' disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia bernilai kira-kira RM 1.1 juta.
PUTRAJAYA, 6 OKT: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
SUNGAI SIPUT, 6 OKT: Pakistan dan Bangladesh memberikan penghormatan yang tinggi kepada Malaysia kerana mampu mengekalkan keamanan walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA, 7 OGOS: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh berikutan situasi negara itu yang masih belum stabil, kata Kementerian Luar.
IPOH, 28 JULAI: Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Daripada Nik Nurfaqih Nik Wil DHAKA, 23 JULAI: Sudahlah dilanda kebimbangan dan ketakutan berdepan protes serta ketegangan yang bermula di sini sejak 1 Julai, keadaan bertambah buruk buat rakyat Malaysia di sini dengan tindakan kerajaan Bangladesh memutuskan perkhidmatan internet. Muhammad...
SEPANG, 23 JULAI: Seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar yang dibawa pulang dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air, hari ini.
PUTRAJAYA, 23 JULAI: Wisma Putra hari ini memaklumkan beberapa rakyat Malaysia yang merupakan pelajar tahun akhir dan mereka yang bekerja di Bangladesh, memutuskan terus kekal di negara itu.
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Proses membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh termasuk 124 pelajar dijangka selesai hari ini.
SEPANG, 23 JULAI: Penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh susulan ketegangan di negara itu berlepas pada 7.30 pagi ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, di sini.
KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka, berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA, 21 JULAI: Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) menegaskan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara menjadi kepentingan utama berikutan situasi semasa di Bangladesh.
KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Kementerian Luar memantau dengan teliti situasi mencabar di Bangladesh dengan insiden rusuhan yang meluas telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pelajar Malaysia dan keluarga mereka di Dhaka dan Mymensingh.
GEORGE TOWN, 23 JUN: Lima lelaki warga Bangladesh ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lalu.
PUTRAJAYA, 13 MEI: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas, dalam operasi di sebuah rumah di Kajang, Selangor pada 10 Mei lepas.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.