SHAH ALAM, 8 JULAI: Pasukan sukarelawan negeri berdepan kesukaran membersihkan rumah mangsa bah di Baling, Kedah berikutan lumpur tebal di dalam dan luar premis.
SHAH ALAM, 8 JULAI: Sebanyak 72 rumah mangsa banjir di Baling, Kedah dibersihkan pasukan sukarelawan negeri ini sepanjang dua hari misi pascabanjir sejak semalam.
BALING, 8 JULAI: Penduduk berhampiran Sungai Kupang di sini yang terjejas bencana banjir dan fenomena kepala air Isnin lepas dinasihatkan supaya tinggal di penempatan lain atau pusat pemindahan sementara (PPS) buat sementara waktu.
BALING, 7 JULAI: Tiga penduduk di Kampung Hangus di sini, mengalami kerugian lebih setengah juta ringgit apabila barangan rumah serta kenderaan mereka rosak teruk dalam kejadian banjir dan kepala air yang berlaku pada Isnin lepas di daerah ini.
SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menghantar kakitangan bagi membantu operasi membersihkan kawasan terjejas akibat banjir di Baling, Kedah baru-baru ini.
BALING, 7 Julai: Sumber air yang terkumpul banyak di Gunung Inas, dekat sini yang mengalir turun dengan laju di sudut cerun yang curam dipercayai menyebabkan berlakunya kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini, Isnin lepas.
SHAH ALAM, 6 JULAI: Lebih 300 ahli Sukarelawan Selangor (Serve) mendaftar untuk menyertai misi bantuan pascabanjir di Baling, Kedah dalam tempoh dua hari.
BALING, 6 JULAI: Walaupun belum diketahui jantina bayi mereka, mangsa banjir Nurul Anis Abu Hassan, 23, pernah menyatakan hasrat menamakan bayinya dengan panggilan Muhammad Aidan.
BALING, 6 JULAI: Mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 495 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,424 orang pada sebelah malam tadi.
SHAH ALAM, 6 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan konvoi misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah di dataran pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
SHAH ALAM, 5 JULAI: Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di semua pihak berkuasa tempatan negeri ini bersedia digerakkan ke Kedah bagi membantu mangsa banjir di Baling.
BALING, 5 JULAI: Mayat remaja lelaki daripada tiga sekeluarga yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air yang melanda Kampung Iboi, Kupang di sini petang semalam, ditemukan pada 11.55 pagi tadi.
BALING, 5 JULAI: Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
BALING, 5 JULAI: Seorang wanita warga emas yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di sini petang semalam, sempat berpaut pada sebatang pokok pinang sebelum diselamatkan.
BALING, 5 JULAI: Seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di sini dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 pagi tadi.
BALING, 5 JULAI: Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi, Kupang di sini petang semalam.
BALING, 4 JULAI: Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang di sini dilanda banjir petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.