ANKARA, 22 JUL: Utusan khas Amerika Syarikat (AS) ke Syria kini berada di Turki untuk berunding dengan para pegawai berkaitan isu Syria, pencegahan keganasan dan keselamatan, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad.
RAMALLAH, 28 MEI: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan pelan damai "perjanjian abad ini" yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS) dan bengkel ekonomi di Bahrain pada bulan depan, sekadar "menjual ilusi", lapor agensi berita Xinhua.
WASHINGTON, 25 MEI: Amerika Syarikat (AS) akan menghantar 1,500 lagi tentera tambahan ke Timur Tengah sebagai "langkah perlindungan", ekoran ketegangan yang kian memuncak dengan Iran, kata Presiden Donald Trump, pada Jumaat.
KUALA LUMPUR, 10 MEI: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini ekoran sentimen lemah yang berterusan disebabkan petunjuk luaran yang kurang menggalakkan, kata peniaga.
WASHINGTON, 9 MEI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pada Rabu beliau berhasrat menjadikan Brazil sebagai negara sekutu di luar NATO, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Trump kepada Kongres.
OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 7 MEI: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sudah dan akan memulangkan sejumlah besar dana yang diperoleh semula hasil sitaan aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) AS. Peguam Negara,...
WASHINGTON, 17 APRIL: Presiden Donald Trump menggunakan kuasa veto berhubung satu resolusi yang menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan sokongan terhadap peperangan di Yaman yang dipimpin Arab Saudi, lapor agensi berita Turki Anadolu.
KUALA LUMPUR, 28 MAC: Malaysia mengutuk keras keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mengisytihar Bukit Golan di Syria sebagai milik Israel.
SAN FRANCISCO, 11 MAC: Gergasi pembuatan pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing, berjanji untuk menawarkan bantuan teknikal kepada Ethiopia susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines, yang terhempas sejurus berlepas.
WASHINGTON, 7 MAC: Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan sekatan kepada institusi kewangan asing yang menyumbang dana kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
WASHINGTON, 14 FEB: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), dengan majoriti besar, semalam meluluskan rang undang-undang yang mengkehendaki Presiden, Donald Trump menghentikan bantuan negara itu kepada gabungan tentera pimpinan Arab Saudi dalam peperangan di Yaman.
WASHINGTON, 12 FEB: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menandatangani perintah eksekutif yang melancarkan satu inisiatif bagi memastikan kepimpinan negara itu dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI).
WASHINGTON, 28 DIS: Penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) terus berlarutan selepas penggubal undang-undang gagal mencapai kata sepakat berhubung tuntutan Presiden Donald Trump untuk mendapatkan dana AS$5 bilion (RM20.9 bilion) bagi membiayai pembinaan tembok, di sempadan Mexico.
TOKYO 12 NOV: Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat F/A 18, terhempas di Laut Filipina selepas mengalami masalah teknikal ketika melakukan penerbangan rutin, kata Tentera Laut negara itu dalam satu kenyataan hari ini.
WASHINGTON, 1 NOV: Ribuan tentera Amerika Syarikat (AS) dikerahkan segera ke sempadan AS-Mexico sebagai tambahan kepada pengawal sempadan sedia ada untuk mengetatkan lagi kawalan keselamatan.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US pagi ini kerana sentimen negatif menyelubungi permintaan terhadap mata wang tempatan, kata seorang peniaga.
IRAN, 22 JULAI: Presiden Iran, Hassan Rouhani mengingatkan Amerika Syarikat (AS) supaya tidak mengganggu ketenteraman negara itu atau bakal berdepan bahana.
WASHINGTON 14 APR: Serangan terhadap Syria oleh Amerika, Britain dan Perancis hari ini mengenai tiga sasaran iaitu pusat penyelidikan saintifik, kemudahan simpanan serta pusat pemerintahan tentera dekat Damsyik dan simpanan senjata kimia di Homs.
MOSCOW 31 MAC: Enam puluh diplomat Russia yang diusir Amerika Syarikat dijangka pulang ke negara mereka hari ini.
WASHINGTON 28 MAC: Sekutu Amerika Syarikat (AS) dan Britain di seluruh dunia mengusir sejumlah diplomat Rusia yang disyaki pengintip Rusia dalam tindak balas berhubung satu serangan agen saraf.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.