SHAH ALAM, 27 SEPT: Diskriminasi jantina yang berlaku di tempat kerja boleh diubah dengan masyarakat dinasihat membentuk mentaliti anak-anak daripada kecil supaya tidak membeza-bezakan tanggungjawab mengikut wanita atau lelaki.
PULAU KETAM, 26 SEPT: Kumpulan Darul Ehsan Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) bergabung tenaga menganjurkan program Kitar Semula dan Pengasingan Sisa Pepejal di Sekolah Menengah Pulau Ketam, hari ini.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Kerajaan Negeri melihat keperluan untuk menambah pusat pengumpulan sisa elektronik dan elektrik (e-sisa) sebagai pendekatan mengekang isu lambakan sisa buangan jenis itu di Selangor.
KLANG, 24 SEPT: Dakwaan Kerajaan Negeri cuba meluluskan kilang sisa plastik import haram menerusi program pemutihan adalah fitnah, kata EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.
KLANG, 24 SEPT: Kerajaan Negeri memberi tempoh setahun kepada pemilik kilang haram menjalankan operasi secara sah dengan melalui proses pemutihan yang ditawarkan bermula 1 Oktober ini hingga 30 September 2020, sebelum tindakan lebih berat akan diambil.
KLANG, 24 SEPT: Kerajaan Negeri disaran mempertimbangkan penambahan peruntukan bagi Program Bantuan Blueprint Kemiskinan ekoran permohonan dari usahawan kecil meningkat setiap tahun.
KLANG, 24 SEPT: Seramai 20 peserta Program Bantuan Blueprint Daerah Klang menerima bantuan peralatan berjumlah RM63,400 bagi memulakan dan meluaskan lagi perniagaan masing-masing.
OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 22 SEPT: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Sungai Tua akan menyalurkan bantuan kecemasan dalam masa terdekat kepada empat keluarga yang terjejas ekoran kediaman mereka hangus dijilat api dalam satu kejadian semalam. Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari...
BANGI, 22 SEPT: Peluang Selangor untuk dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 semakin cerah selepas beberapa negeri mula menyatakan sokongan masing-masing.
BANGI, 22 SEPT: Sukan massa, pembangunan infrastruktur sukan dan pencapaian kontinjen Selangor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) antara fokus Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Selangor 2020.
PUCHONG, 21 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara merekodkan penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tertinggi di negeri ini, kata Ahli Dewan Negerinya, Ng Sze Han.
PUCHONG, 21 SEPT: Kira-kira 20 warga emas dari Bandar Kinrara gembira apabila diraikan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka.
SEPANG, 21 SEPT: Usaha untuk meningkatkan pendapatan kumpulan berpendapatan rendah (B40) akan terus menjadi tumpuan Kerajaan Negeri supaya rakyat mendapat manfaat daripada program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).
KUALA SELANGOR, 20 SEPT: Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM1 juta bagi menggerakkan pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan India Selangor (PPUIS) bermula September hingga Disember tahun ini.
SEKINCHAN, 20 SEPT: Impian 123 penduduk Bagan untuk memiliki hak milik tanah sejak 50 tahun lalu akhirnya terlaksana apabila menerima notis 5A daripada Kerajaan Negeri, hari ini.
SHAH ALAM, 18 SEPT: Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan di Johan Setia sejak petang semalam hingga 11 pagi ini.
SHAH ALAM, 17 SEPT: Rakyat Selangor disaran mempromosikan cara hidup yang dipenuhi nilai santun dan adab tinggi kepada pelancong luar sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
SHAH ALAM, 16 SEPT: Kerajaan Negeri menyokong penuh inisiatif IN4TECH bagi pelaksanaan program 'Affordable Meals' yang bakal dilancarkan sempena Persidangan IN4TECH, pada 24 hingga 27 September ini.
SHAH ALAM, 16 SEPT: Kerajaan Negeri dijangka membentangkan Belanjawan 2020 pada awal November ini bagi menampung keperluan dan memperkasa rakyat di Selangor tahun hadapan.
SHAH ALAM, 15 SEPT: Usahawan kecil perlu kreatif dalam menerokai peluang perniagaan sekali gus menggandakan usaha dan tidak hanya fokus terhadap satu-satu bentuk perusahaan sahaja.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.