Imam dan kakitangan Masjid Negara, Kuala Lumpur mengerjakan solat sunat terawih dan mempraktikkan jarak sosial berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal penularan wabak Covid-19 pada 11 Mei 2020.
Penghantar makanan dalam talian mengambil makanan yang ditempah melalui Plats dan Grab di pusat e-dapur Bandar Utama, Damansara pada 4 Mei 2020.
Anggota tentera membuat rondaan sekitar kawasan perumahan di Selayang Baru berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan SelangorKini pada 3 Mei 2020.
Petugas Kesihatan Selcare berehat seketika selepas membuat ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selayang pada 22 April 2020.
Rakaman gambar 'silhouette' Petugas Kesihatan Selcare membuat ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Selayang pada 22 April 2020.
Reaksi orang awam berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal wabak Covid-19 di sekitar Pandan Mewah, Ampang pada 21 April 2020.
Petugas Kesihatan Selcare membuat ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 20 April 2020.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pandan Mewah membantu menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan Hospital Ampang di Dewan Komuniti Pandan Mewah, Ampang pada 17 April 2020.
Pasukan petugas perubatan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada penduduk di Hulu Langat, pada 12 April 2020.
Petugas disinfeksi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melakukan proses nyahkuman di sekitar Kampung Sungai Kantan, Kajang ketika Ops Sanitasi Awam pada 10, April 2020.
Rakaman gambar 'silhouette' Anggota Bomba lengkap berpakaian PPE sebelum memulakan Ops Sanitasi Awam di sekitar, Kajang pada 10, April 2020.
Petugas disinfeksi Alam Flora melakukan nyah cemar di seluruh kawasan Seksyen 6, Shah Alam pada 6, April 2020 bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Kakitangan dari syarikat swasta menjalankan proses nyahkuman di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, Petaling Jaya pada 3 April 2020 bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Petugas kesihatan membuat ujian saringan Covid-19 ke atas penduduk Flat PKNS Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 2 April 2020 susulan laporan kes positif jangkitan di kawasan itu.
Anggota tentera berkawal di hadapan Menara City One pada 1 April 2020 selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berikutan penularan Covid-19.
Kakitangan DBKL membuat pembersihan Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur pada 1 April 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Imam - imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berselawat dan zikir ketika Program Rakyat Selangor Berdoa memohon supaya wabak Covid-19 berakhir di Masjid Negeri, Shah Alam pada 30 Mac 2020.
Dua anggota bomba disembur dengan cecair pembasmi kuman selepas terlibat dalam operasi disinfeksi sekitar kawasan Sungai Ramal Dalam, Kajang bagi mengelak penularan wabak Covid-19 pada 30 Mac 2020.
Orang awam menggunakan topeng muka ketika membeli barangan keperluan harian sebagai langkah keselamatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di Pasaraya Tesco, Shah Alam pada 28 Mac 2020.
Pembantu perubatan menunggu pesakit bagi membuat ujian saringan Covid-19 sebelum menerima rawatan di Klinik Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mac 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.