Seorang kanak - kanak mencuba peralatan sukan ketika mengunjung ke kedai peralatan sukan di Sri Damansara, Petaling Jaya pada 15 Februari 2021.
Orang ramai patuh menggunakan pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial ketika mengunjung ke Pasaraya di Prima Saujana, Kajang pada 15 Februari 2021.
Peniaga, Mohd Rahmat Mad Saleh, 30 sedang mengoreng cakoi ketika tinjauan Media Selangor di Seri Rampai, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2021.
Ahli Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM), Mohd Herin Mansor menunjukkan Demonstrasi membuat Tanjak Selangor ketika Program Kita ke Kampung Edisi Khas Kraf di Istana Tetamu, Klang pada 6 Februari 2021.
Orang ramai dilihat patuh mengunakan pelitup muka ketika menunggang motorsikal dan basikal di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2021 berikutan kes positif jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan Kerajaan juga mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua atau PKP 2.0.
Seorang lelaki melalui sebuah kedai barangan hiasan sambutan Tahun Baru Cina yang agak lengang dengan kehadiran pengunjung di Jalan Sultan, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2021.
Urus setia sedang melakukan persiap bagi mengagihkan barangan keperluan asas ketika Program ayam subsidi PKPS Prihatin di Dewan Terbuka Padang Awam, Batu Caves pada 24 Januari 2021.
Petugas Kesihatan Selcare sedang berehat seketika selepas melakukan ujian saringan Covid-19 kepada orang ramai ketika Program Ujian Antigen RTK Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 ketika Program Ujian Antigen RTK Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Pakej Kita Selangor yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook pada 20 Januari 2021.
Orang ramai melakukan aktiviti riadah di Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang pada 17 Januari 2021.
Pekerja kedai cermin mata sedang menyusun kaca mata di rak ketika tinjauan di Pandan Jaya pada 16 Januari 2021.
Orang ramai menggunakan kedai dobi layan diri dengan mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP) di Pandan Jaya pada 16 Januari 2021.
Kakitangan Media Selangor sedang menonton siaran langsung Pengumuman Khas Darurat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Menara Bank Rakyat, Shah Alam pada 12 Januari 2021.
Adun Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin dan Timbalan Ketua Balai Bomba Damansara, Yusri Saharjo bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) SS4D memeriksa pili bomba yang baru dipasang di Jalan SS4D/8, Petaling Jaya pada 8 Januari 2021.
Pembantu kedai, Rabiatul Nur Ain Ahmad, 26, sedang menyusun produk makanan yang jual oleh Rural Business Outlet (RBO) di Anggerik Mall, Shah Alam pada 7 Januari 2021.
Seorang remaja sedang melakukan latihan luncur ais di Blue Ice Skating Rink KL East Mall, Kuala Lumpur ketika tinjauan SelangorKini pada 6 Januari 2021.
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Jugra mengagihkan Bakul Makanan kepada penduduk di Kampung Sungai Raba, Banting pada 2 Januari 2021.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah (tiga, kiri) Adun Banting, Hasnul Baharuddin (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan ketika Program Agihan Bakul Makanan di Kampung Sungai Raba, Banting pada 2 Januari 2021.
Penerima watikah pelantikan bersama selepas istiadat pengurniaan watikah pelantikan Anggota Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ahli Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bagi sesi 2021 – 2023 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 30 Disember 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.