AGENDA

MB: RM101.1 juta hasil jualan 3,542 peniaga dalam talian

23 Jun 2020, 2:50 PM
MB: RM101.1 juta hasil jualan 3,542 peniaga dalam talian

SHAH ALAM, 23 JUN: Inisiatif Selangor berjaya membantu 3,542 peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperoleh pendapatan jualan dalam talian sebanyak RM101.1 juta, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata hasil jualan tersebut direkodkan dalam tempoh dua minggu pelaksanaan e-bazar Raya yang dilancar Kerajaan Negeri pada 1 Mei untuk membantu peniaga memasarkan produk sempena Aidilfitri.

"Kerjasama pintar Kerajaan Negeri bersama Shopee, Hijrah Selangor, PKNS Real Estate, Majlis Teknologi Maklumat dan e-dagang Selangor (SITEC) dan Agro Selangor sangat memberangsangkan dengan peningkatan jualan melebihi 1,250 peratus.

"Langkah Kerajaan Selangor meneroka ruang pembudayaan e-dagang bertujuan membantu peniaga terjejas akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya menerusi Twitter hari ini.

Selain e-bazar Raya, Selangor turut memperkenalkan e-bazar Ramadan menerusi dua saluran e-dagang khas iaitu Grab Selangor dan Platform Selangor (Plats) manakala juadah dihantar syarikat penghantar seperti Grab, BungkusIt, Mr Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.