AGENDA

Gempa bumi sederhana gegar selatan Sumatera

29 Feb 2020, 12:10 AM
Gempa bumi sederhana gegar selatan Sumatera

KUALA LUMPUR, 29 FEB: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 10.02 malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 86 kilometer barat daya dari Pagar Alam, Indonesia dengan kedalaman 103 kilometer.

Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.