AGENDA

Sampel air kencing 16 individu ditahan disaring kali kedua

14 Jan 2020, 12:57 PM
Sampel air kencing 16 individu ditahan disaring kali kedua

SHAH ALAM, 14 JAN: Sampel air kencing milik 16 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, dekat sini telah dihantar untuk ujian saringan kedua, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Beliau berkata polis sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua berkenaan sebelum memutuskan tindakan lanjut yang bakal diambil.

"Dalam semua kes membabitkan dadah, kita akan buat saringan awal dan jika positif, kita tidak boleh cakap dia penagih (dadah).

"Jadi, kita kena hantar spesimen ke hospital dan mereka yang akan tentukan keputusan hasil daripada ujian terbabit," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes didakwa melibatkan seorang Ahli Dewan Negeri Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam operasi di sebuah kondominium di Jalan Puchong, dekat sini pada Ahad.

Ujian saringan air kencing pertama mendapati 16 daripada individu berkenaan positif dadah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.