Baucar hari lahir SMUE, SMIS boleh ditebus hingga 30 Jun

4 Apr 2026, 1:30 PM
Baucar hari lahir SMUE, SMIS boleh ditebus hingga 30 Jun

SHAH ALAM, 4 APRIL: Penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) yang lahir pada April hingga Jun boleh menebus baucar hari lahir masing-masing sehingga 30 Jun ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han berkata penerima digalakkan hadir ke pusat khidmat mengikut bulan kelahiran bagi melancarkan urusan penebusan.

"Langkah ini penting bagi mengelakkan kesesakan serta mengurangkan masa menunggu di pusat khidmat.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han berucap dalam Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Selangor di Taman Wawasan Puchong, Subang Jaya pada 7 Februari 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

"Jika ada ahli keluarga yang lahir dalam tempoh ini, orang ramai digalakkan memberitahu mereka kerana mungkin ada yang tidak menggunakan media sosial," katanya dalam kenyataan menerusi facebook.

Beliau berkata, penerima di DUN Kinrara boleh menebus baucar di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara pada hari bekerja dari 10 pagi hingga 5 petang.

SMUE dan SMIS merupakan inisiatif kebajikan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membantu meringankan beban warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Menerusi skim itu, penerima layak menerima sumbangan termasuk baucar hari lahir serta khairat kematian untuk waris berdaftar.

Penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) yang lahir April, Mei dan Jun boleh menebus baucar hari lahir masing-masing sehingga 30 Jun ini. Foto Facebook Ng Sze Han

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.