ADN Kuala Kubu Bharu santuni Kem Erskine, sumbang kelengkapan

28 Mac 2026, 9:01 AM
ADN Kuala Kubu Bharu santuni Kem Erskine, sumbang kelengkapan
ADN Kuala Kubu Bharu santuni Kem Erskine, sumbang kelengkapan
ADN Kuala Kubu Bharu santuni Kem Erskine, sumbang kelengkapan
ADN Kuala Kubu Bharu santuni Kem Erskine, sumbang kelengkapan
ADN Kuala Kubu Bharu santuni Kem Erskine, sumbang kelengkapan

KUALA KUBU BHARU, 28 MAC: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao menyantuni anggota tentera Kem Erskine di Kuala Kubu Bharu dan menyampaikan sumbangan khemah dan kerusi banquet bagi kegunaan anggota di kem berkenaan.

Menurut beliau, inisiatif tersebut sebagai tanda sokongan berterusan kepada pasukan pertahanan yang sentiasa komited menjalankan tugas menjaga keselamatan negara.

“Kita perlu lebih menghargai kestabilan yang dikecapi, khususnya pengorbanan serta perkhidmatan wira pasukan pertahanan negara,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

Lawatan berkenaan katanya turut membuka ruang interaksi lebih dekat antara wakil rakyat dan anggota tentera dalam suasana santai selain memberi penghargaan terhadap peranan serta pengorbanan mereka.

Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Logistik sempena Aidilfitri kepada anggota Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri tersebut telah berlangsung di Dewan Temuan, Kem Erskine pada 18 Mac lalu.

Majlis disempurnakan Lt Kol Mohd Shah Nizam Shamsudin, Pemangku Pegawai Memerintah.

Dalam masa sama, Sock Tao mengingatkan agar masyarakat tidak leka dengan perkembangan semasa di peringkat global yang semakin mencabar.

“Walaupun dalam suasana santai, kita tidak boleh leka dengan realiti dunia luar,” katanya.

Menurutnya, ketidaktentuan ekonomi global serta ketegangan geopolitik memberi kesan kepada banyak negara.

“Hari ini, ekonomi global semakin mencabar dan ketegangan geopolitik kian meruncing, memberi kesan mendalam kepada banyak negara,” katanya.

Beliau berkata situasi tersebut mengingatkan masyarakat tentang pentingnya mengekalkan keamanan dan kestabilan.

“Dalam keadaan penuh ketidaktentuan ini, barulah kita sedar betapa bernilainya keamanan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semangat perpaduan terus diperkukuh dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap semangat perpaduan ini terus menjadi kekuatan utama dalam menghadapi cabaran mendatang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.