Suami isteri, anak lelaki ditemui tidak bernyawa dalam rumah

26 Mac 2026, 3:19 AM
Suami isteri, anak lelaki ditemui tidak bernyawa dalam rumah

SHAH ALAM, 26 MAC: Tiga beranak ditemukan mati di rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani malam tadi.

Difahamkan, mayat pasangan suami isteri berusia 65 tahun dan 53 tahun itu dan anak lelaki mereka berusia 29 tahun ditemui anggota polis dan penduduk kampung.

Mayat ketiga-tiga beranak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Satu sidang media akan diadakan di Balai Polis Merbok oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan pada jam 12 tengah hari ini, lapor Harian Metro.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.