GLOBAL

Taufan Florence: Datuk Bandar Washington isytihar darurat

12 Sep 2018, 4:37 AM
Taufan Florence: Datuk Bandar Washington isytihar darurat

WASHINGTON, 12 SEPT: Taufan Florence dijangka membadai persisir pantai timur Amerika Syarikat dengan membawa hujan lebat sekali gus mengundang ancaman banjir di ibu negara itu.

Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser mengisytiharkan perintah darurat berkuat kuasa serta merta dan pelbagai langkah sewajarnya sudah diambil, termasuk menyediakan segala keperluan bagi menghadapi taufan berkenaan.

Setakat ini, lebih satu juta penduduk di kawasan pantai sudah diarah meninggalkan kediaman masing-masing, menjelang ketibaan taufan itu, yang dijangka melanda kawasan itu pada Khamis ini.

Perintah darurat sudah dikeluarkan di Virginia, Maryland, Carolina utara dan selatan. - AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.