AGENDA

Eain Yow, Rachel naib juara kejohanan skuasy terbuka di Washington

28 Apr 2025, 2:20 AM
Eain Yow, Rachel naib juara kejohanan skuasy terbuka di Washington

KUALA LUMPUR, 28 APRIL: Nasib tidak menyebelahi pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow apabila tewas pada aksi final Squash on Fire Open 2025 di Washington, Amerika Syarikat.

Pemain di ranking ke-10 dunia itu muncul naib juara selepas tunduk kepada pilihan utama dari England, Marwan Elshorbagy 9-11, 9-11, 5-11, menurut laman rasmi kejohanan Squash on Fire Open 2025 - PSA Squash Tour

Turut mengalami nasib sama, perseorangan wanita Rachel Arnold yang tunduk kepada wakil tuan rumah Amand Sobhy 4-11, 3-11, 11-9, 9-11, untuk bergelar naib juara.

Terdahulu wakil negara di Zurich, Switzerland, S Sivasangary terlepas gelaran juara apabila tewas kepada Nouran Gohar dari Mesir dalam perlawanan akhir Grasshopper Cup 2025.

Perseorangan wanita negara tewas kepada pemain nombor satu dunia itu dengan 7-11, 12-14, 9-11.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.