AGENDA

Bual bicara nilai prestasi Kerajaan Madani di Media Selangor malam esok

22 Dis 2024, 2:00 AM
Bual bicara nilai prestasi Kerajaan Madani di Media Selangor malam esok

SHAH ALAM, 22 DIS: Sempena dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengulas prestasi kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bual bicara tersebut menampilkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar. Ia dikendalikan Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar.

Dalam program Sembang Malam anjuran Media Selangor, beberapa isu hangat berkenaan politik dan ekonomi akan diperdebatkan.

Program selama sejam itu disiarkan di Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV jam 9 malam pada 23 Disember.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.